Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Sultan Johor Pandu Sendiri...

KUALA LUMPUR - Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar, tiba di Stesen Kuala Lumpur...

Cuba Mengundi, Wanita Positif...

JOHOR BAHRU: Seorang wanita dikompaun RM1,000 kerana hadir ke pusat mengundi dalam tempoh...

7 Maut, 20 Cedera...

DAMSYIK - Tujuh orang maut manakala lebih 20 lagi cedera apabila bom kereta...

Cuaca Panas Terik Cabaran...

LANGKAWI - Perlumbaan berbasikal terulung negara, Le Tour de Langkawi (LTdL) 2015 yang...

Rafizi Dan Prinsip-Prinsipnya

Rafizi Ramli berkata Parti Keadilan Rakyat (PKR) perlu teruskan menggunakan logonya sendiri dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Ikuti Mynewshub: Facebook,TwitterTikTokTelegram, Instagram

Beliau mendakwa saranan itu bukan sekadar kajian pihaknya mendapati PKR lebih berpeluang meraih sokongan, tetapi yang penting adalah ‘prinsip’.

Entah mengapa geli-geleman membaca Rafizi menggunakan perkataan ‘prinsip’ sedangkan rakyat masih tertanya-tanya tentang ‘prinsip’ Rafizi.

Dimanakah ‘prinsip’ Rafizi dalam menunaikan segala formula dan janjinya kepada rakyat semasa Pilihan Raya Umum Ke-14?

Dimanakah ‘prinsip’ Rafizi tentang kata-katanya berjuang untuk rakyat semasa kerajaan Pakatan Harapan (PH) mencurangi kepercayaan rakyat?

Dimanakah Rafizi dan ‘prinsipnya’ semasa rakyat sedang menderita dibawah pentadbiran kerajaan 22 bulan tersebut?


Seseorang yang ‘berprinsip’ sepatutnya menentang kerosakan dilakukan kerajaan PH, bukan mengumumkan bersara daripada politik sewaktu rakyat sedang marah kerana berasa tertipu.

Barangkali Rafizi berkata tentang ‘prinsip’ supaya PKR menggunakan sendiri untuk menampilkan diri sebagai seorang yang idealis dan berwawasan.

Beliau kini dalam kempen untuk merebut jawatan Timbalan Presiden PKR dan tentunya beliau perlu membawa karakter yang tampak gah.

Semoga berjaya dalam perebutan jawatan PKR kerana bagi rakyat, Rafizi dalam politik Malaysia umpama datang tak diundang, pergi tak dihalang.

-Mynewshub

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori