Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

13 Individu Dipercayai Terbabit...

KUALA LUMPUR - Seramai 13 individu yang dipercayai terbabit dengan kumpulan militan Negara...

Padah Hina Kekasih Sebagai...

LONDON - Seorang wanita di Britain mengaku menikam teman lelakinya sehingga mati akibat...

Bekalan Air Mentah: Perak,...

IPOH : Kerajaan Negeri Perak dan Pulau Pinang akan mengadakan pertemuan bagi membincangkan...

Pembangunan Modal Insan Berkualiti...

BEAUFORT - Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman berkata kerajaan negeri sentiasa...

Rakaman Layanan ‘Hamba Abdi’ Siti Bainun Disiarkan

KUALA LUMPUR – Mahkamah Sesyen di sini pada Jumaat ditunjukkan 10 rakaman video yang mendakwa pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Ahd Razali melayan penghuni rumah kebajikan itu seperti ‘hamba abdi’.

Ikuti Mynewshub: Facebook,TwitterTikTokTelegram, Instagram

Antara rakaman berkenaan ialah ketika sambutan hari lahir saksi kelima pendakwaan, Yasmin Nahar Mahmood,19, pada 23 Februari 2021; Majlis Aidilfitri (Mei 2021) dan percutian di sebuah hotel di Ampang.

Ketika prosiding kes menganiaya seorang kanak-kanak perempuan berusia 13 tahun dikenali sebagai Bella di hadapan Hakim Izralizam Sanusi, saksi itu mengulangi jawapan bahawa dia tidak dilayan dengan baik oleh Siti Bainun.

Bagaimanapun ketika menjawab soalan peguam, peguam, Nur A’minahtul Mardiah Md Nor yang mewakili Siti Bainun, remaja itu berkata, dia kelihatan cerita dalam rakaman video berkenaan.

Nur A’minahtul Mardiah: Rujuk video ini, ketika sambutan hari lahir awak, suara siapa yang suruh awak tiup lilin di kek?

Yasmin: Siti Bainun.

Nur A’minahtul Mardiah: Ketika Aidilfitri, ia diraikan bersama satu keluarga termasuk mengambil gambar semua penghuni di satu studio, jadi inilah layanan hamba abdi Siti Bainun pada awak.

Yasmin: Ya.

Nur A’minahtul Mardiah: Rujuk satu lagi video, memaparkan Bella memeluk seseorang. Soalan saya, siapa yang Bella peluk paling lama?

Yasmin: Siti Bainun.

Nur A’minahtul Mardiah: Setuju dengan cadangan saya, Bella tak takut dengan pendera dia sendiri?


Yasmin: Setuju.

Nur A’minahtul Mardiah: Rujuk pula video percutian kamu dan adik-adik lain di sebuah hotel di Ampang. Mandi di kolam hotel bersama-sama, saya cadangkan ini juga bentuk layanan seperti hamba abdi Siti Bainun pada awak.

Yasmin: Ya.

Selain itu peguam itu turut mencadangkan bahawa Yasmin memberi 10 keterangan palsu di mahkamah namun ia dinafikan oleh saksi berkenaan.

Antara yang dicadangkan ialah Yasmin berbohong menjaga enam penghuni Rumah Bonda termasuk tiga kanak-kanak Sindrom Down, sedangkan Siti Bainun mempunyai pembantu rumah (bibik).

Remaja itu turut berkata, betul ketika dicadangkan bahawa Bella berada dalam keadaan lemah ketika berjalan kemudian terjatuh kerana sering berdiri dalam tempoh yang terlalu lama.

Bagaimanapun Yasmin tidak bersetuju bahawa keterangannya sama 100 peratus dengan keterangan saksi pendakwaan pertama, iaitu rakan baik tertuduh, Zurianty Sudin, 39, sebelum ini.

Pada 20 Ogos 2021, Siti Bainun didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, sebagai orang yang dipertanggungjawabkan untuk menjaga kanak-kanak perempuan Sindrom Down berusia 13 tahun telah mengabaikan iaitu dengan menyebabkan kanak-kanak itu mengalami kecederaan fizikal dan emosi.

Pada 20 November 2021, Pengasas Rumah Bonda itu didakwa sekali lagi di mahkamah sama atas pertuduhan menganiaya seorang remaja perempuan Sindrom Down berusia 13 tahun.

Prosiding bersambung Rabu ini.

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori