Sunday, November 24, 2024

Creating liberating content

Bekas Bintang Real Madrid...

PENYERANG New York Cosmos, Raúl telah mengumumkan beliau akan bersara selepas berakhirnya musim ini,...

PH Rugikan Negara Jual...

KUALA LUMPUR - Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak...

Bekas Komando Hilang: Unit...

Unit Dron Pasukan Gerakan Udara (PGU) Bukit Aman akan membantu pencarian bekas komando...

Bekas Pegawai Kanan BNS...

PUTRAJAYA: Seorang bekas pegawai kanan di syarikat pembuat kapal, Boustead Naval Shipyard Sdn...

Rakyat Muak Dengar Sasaran Kerusi Politik: Syed Saddiq

KOTA KINABALU – Perbincangan mengenai sasaran kerusi untuk Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) bukan perkara yang ingin diketahui rakyat sebaliknya mahu masalah mereka diselesaikan.

Ikuti Mynewshub: Facebook,Twitter, TikTok, Telegram, Instagram

Presiden Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata, ketika ini Muda lebih fokus mengadakan dialog dengan wakil komuniti untuk memahami masalah yang dihadapi.

“Ramai yang sudah muak dengan perbincangan kerusi dan politik kuasa. Lebih baik bincang kerjasama antara rakan-rakan kerana perkara paling penting ialah penyelesaian masalah.

“Kalau orang kata kos sara hidup di Semenanjung susah, di Sabah lagi teruk sebab polisi kabotaj. Isu jurang pendidikan jauh lebih teruk di Sabah begitu juga isu kemiskinan jauh lebih teruk,” katanya ketika kepada pemberita selepas hadir pada mesyuarat ‘Townhall’ Muda sempena Jelajah Presiden, di Karamunsing, pada Ahad.

Beliau berkata demikian ketika ditanya selepas selesai Jelajah Muda adakah parti itu sedang mengintai kerusi di Sabah untuk PRU akan datang.


Mengulas lanjut, beliau mahu Muda Sabah sentiasa memantau tanggungjawab yang dilaksanakan kerajaan negeri berhubung masalah yang dihadapi.

“Sebelum ini sebanyak RM150 juta ditambah lagi RM145 juta menerusi program pemberian tablet dan komputer riba oleh kerajaan Sabah sudah umumkan.

“Muda Sabah perlu menuntut komputer riba dan tablet yang dijanjikan kerajaan negeri, bagaimana perbelanjaannya dan jenis yang diberikan serta siapa penerimanya,” katanya.

Sebelum itu, turut dimaklumkan bahawa Muda akan mendekati kesemua 25 Parlimen di negeri ini sebelum pelancaran Muda di peringkat Sabah.

-Sinar Harian

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori