Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Penduduk Minta Kerajaan Campur...

KOTA KINABALU - Lebih 40 penduduk dari Kampung Sinompuru Sungai Simpang, Sandakan, merayu...

Rasuah: Abd. Latif Lepas...

JOHOR BAHRU - Datuk Abd. Latif Bandi secara rasmi mengumumkan perletakan jawatannya sebagai...

Maut Terperosok Bawah Kereta...

BAGAN SERAI - Seorang maut, seorang parah manakala 11 lagi selamat dalam kemalangan...

Malaysia Mampu Menjadi Seperti...

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar percaya Malaysia akan...

Ramai Panik Duit Dalam Maybank ‘Hilang’

PETALING JAYA – Media sosial petang ini kecoh apabila pengguna Maybank gagal menggunakan kad debit atau baki di dalam akaun bank mereka hilang.

Ikuti Mynewshub: Facebook,TwitterTikTokTelegram, Instagram

Tinjauan Kosmo! mendapati akaun media sosial rasmi milik Maybank turut ‘diserang’ oleh pengguna akibat daripada masalah itu.

Rata-rata pengguna mendakwa, kesemua transaksi mereka secara dalam talian ataupun di kaunter pembayaran tidak berjaya.

Malah, ada juga yang panik selepas menyemak baki di dalam akaun bank mereka dan mendapati wang mereka ‘hilang’.

“Kenapa dengan Maybank? Tengok tadi ada duit, sekarang dah kosong. Dalam tabung pun, tengah nak guna duit ni,” kata Julyana.


“Dua kali nak guna kad debit, tapi tak berjaya. Terpaksa pakai kad lain, tiba-tiba Maybank kasi notifikasi transaksi yang gagal tadi berjaya,” kata Fitri.

“Terkejut sangat buka Maybank tengok duit semua hilang. Semak di Twitter, sah Maybank tengah ‘down’,” kata Faiz.

Sementara itu, Maybank dalam satu kenyataan di Twitter rasminya tadi memaklumkan, penggunaan kad debit tergendala seketika dan Maybank juga sedang berdepan masalah teknikal di aplikasi miliknya iaitu MAE, M2U MY dan lama web Maybank2u.

“Kami meminta maaf atas kesulitan yang berlaku dan sedang berusaha menyelesaikan masalah ini segera. Terima kasih atas kesabaran anda,” katanya.

Kosmo-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori