Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Kuching, Samarahan Catat IPU...

KUALA LUMPUR - Indeks Pencemaran Udara (IPU) di Kuching dan Samarahan, Sarawak mencatatkan...

Nama Menteri Perpaduan, Tapi...

PELIK... Senarai petugas Pejabat Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator P. Waytha Moorthy...

Agama Adalah Penyelesaian, Bukan...

ASTANA (Kazakhstan) - Kongres ke-6 Pemimpin Dunia dan Agama Tradisional yang berakhir pada...

SS Amherst Perlu Diapung...

PEKAN - Tan Sri Dr. Rais Yatim menyarankan bangkai kapal dagang 'SS Amherst'...

Ramalan Cuaca Buruk Di 6 Negeri Petang Ini

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan keadaan cuaca buruk melibatkan negeri Pahang, Selangor, Wilayah Persekutuan Putrajaya, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor pada petang ini.

Ikuti Mynewshub: Facebook,TwitterTikTokTelegram, Instagram

MetMalaysia dalam satu kenyataan di laman Facebooknya berkata, penduduk di kawasan terlibat dinasihatkan untuk terus berhati-hati dan mengambil langkah berjaga-jaga ekoran cuaca yang tidak menentu ketika ini.

Menurut MetMalaysia, hujan lebat, ribut petir dan angin kencang dijangka melanda Bentong, Pahang serta Sepang, Selangor yang bakal berlarutan sehingga pukul 6 petang nanti.

Sementara itu, keadaan yang sama dilihat tertumpu di keseluruhan Wilayah Persekutuan Putrajaya dan Melaka.


“Di Negeri Sembilan, antara daerah yang mengalami hujan lebat berserta ribut petir petang ini adalah Jelebu, Kuala Pilah dan Tampin.

“Bagi Johor pula, ia melibatkan kawasan Kluang, Mersing, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru,” katanya di sini hari ini.

Dalam pada itu, MetMalaysia turut mengeluarkan amaran ribut petir bagi enam negeri tersebut.

Kosmo-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori