Sunday, November 24, 2024

Creating liberating content

Waran Tangkap Calon PAS...

TEGAS... Mahkamah Rendah Syariah Kota Bharu mengeluarkan waran tangkap terhadap calon PAS, Wan...

Xi’an Saring Jutaan Penduduk

BEIJING: Bandar Xi'an di China mula melaksana ujian saringan COVID-19 ke atas berjuta-juta...

UNIMAP Perolehi 2,124 Geran...

ARAU - Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) telah memperolehi 2,124 geran penyelidikan dengan jumlah...

Wanita Maut Dihempap Besi...

KUALA LUMPUR - Seorang pemandu kereta wanita maut dihempap besi yang dipercayai terjatuh...

Remaja 13 Tahun Maut Tercampak Dari Motosikal

ALOR GAJAH : Seorang remaja maut selepas motosikal ditunggangnya merempuh sebuah kereta di Jalan Kampung Tengah, Kuala Sungai Baru di sini, malam tadi.

Ikuti Mynewshub: Facebook,TwitterTikTokTelegram, Instagram

Dalam kejadian kira-kira pukul 9.30 malam itu, mangsa, Muhammad Arif Danieal Muhammad Razlan, 13, meninggal dunia akibat kecederaan parah di kepala.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintenden Arshad Abu berkata, ketika kejadian mangsa dalam perjalanan dari arah Kuala Linggi menghala ke Kuala Sungai Baru.

“Sebelum kemalangan berlaku, sebuah kereta jenis Proton Saga dipandu lelaki berusia 44 tahun dari arah sama ingin membelok ke simpang sebelah kanan dan telah berhenti sambil memberikan lampu isyarat kenderaan.

“Mangsa bagaimanapun gagal mengelak kereta tersebut lalu merempuhnya di bahagian belakang sebelum tercampak,” katanya dalam kenyataan hari ini.


Arshad berkata, hasil pemeriksaan pegawai penyiasat di lokasi mendapati, kemalangan berpunca daripada faktor kegagalan mengawal kenderaan.

“Kita telahpun meminta saksi kejadian tampil untuk membantu siasatan.

“Mayat mangsa telah dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Alor Gajah untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” jelasnya.

-Utusan Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori