Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Ugut Bunuh, Penuntut Kolej...

PETALING JAYA - Seorang pelajar kolej swasta didenda RM4,000 atau penjara empat bulan...

Pertingkat Kawalan Balai Polis...

Pakatan Harapan (PH) Johor menggesa kawalan terhadap balai polis selepas waktu pejabat dipertingkat...

Bayi 4 Bulan Maut...

SUDAH menjadi impian buat semua ibu bapa untuk melihat anaknya meniarap, berjalan dan...

Gambar Wanita Sahut Cabaran...

KENYATAAN Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi yang mencabar golongan...

Remaja Thai Belajar Buat Bom Daripada YouTube

BANGKOK – Polis Thailand menahan seorang lelaki yang didakwa membuat sembilan butir bom dan meninggalkannya berselerakan di jalan utama di bandar Rayong malam selasa lalu, lapor laman berita Thaiger kelmarin.

Ikuti Mynewshub: Facebook,TwitterTikTokTelegram, Instagram

Sebutir bom itu dilaporkan meletup, manakala lapan yang lain dimatikan oleh polis Rayong Rabu lalu. Polis menggunakan rakaman sistem televisyen litar tertutup (CCTV) untuk mengesan dan memberkas suspek.

Semasa soal siasat, suspek memberitahu bahawa dia mempelajari cara membuat bom itu di laman perkongsian video, YouTube.

Suspek yang merupakan seorang remaja lelaki berusia 18 tahun telah ditahan kelmarin. Dia mengaku membuat bom-bom itu dan meninggalkannya berselerakan di jalan empat lorong Choeng Neon-Chakok.

Sebelum itu, seorang lelaki tempatan mendakwa mendengar bunyi letupan sekitar tengah malam Rabu lalu dan menemui baki lapan bom itu ketika dia keluar untuk membuat pemeriksaan.


Pasukan Pemusnah Letupan Rayong bertindak mengalihkan bom-bom itu lalu mematikannya.

Remaja tersebut bertindak meletakkan sembilan butir bom buatan sendiri di dalam beg galasnya lalu membawanya ke tempat kejadian dengan menunggang sebuah motosikal jenis Honda Dream.

Ketika tiba di lokasi kejadian, dia melempar sebutir bom yang kemudiannya meletup. Dia cuba melarikan diri dan meninggalkan lapan bom lain di tempat kejadian.

Lelaki itu berdepan dua pertuduhan iaitu memiliki bahan letupan dan menyebabkan letupan yang berbahaya kepada orang lain.

-Kosmo Online

Artikel sebelum ini
Artikel seterusnya

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori