Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

MotoGP: Saingan Sengit Antara...

SEPANG - Pelumba Movistar Yamaha, Valentino Rossi mengakui perlumbaan Grand Prix Motosikal Malaysia...

Ahmad Zahid Mahu Persatuan...

KUALA LUMPUR - Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mahu...

Suspek Utama Kes Bunuh...

MANJUNG - Polis menahan seorang lelaki dipercayai suspek utama kes pembunuhan seorang pemilik...

Awas 300 Juta Pengguna...

TWITTER hari ini, menggesa lebih 300 juta penggunanya untuk menukar kata laluan masing-masing...

Ribut Petir, Hujan Lebat Di 9 Negeri Petang Ini

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat di sembilan negeri termasuk Sarawak petang ini.

Ikuti Mynewshub: Facebook,TwitterTikTokTelegram, Instagram

Menurut MetMalaysia, cuaca buruk tersebut dijangka berlanjutan sehingga lewat petang nanti.

“Ia melibatkan keseluruhan kawasan di Perlis, Pulau Pinang, Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya sementara di Kedah tertumpu di Kuala Muda, Baling, Kulim dan Bandar Baharu.

“Di Perak membabitkan Kerian, Larut, Matang Dan Selama, Kuala Kangsar, Manjung, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Bagan Datuk, Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim,” katanya.

Selain itu, amaran sama turut dikeluarkan di Pahang melibatkan Tanah Tinggi Cameron, Raub, Bentong, Kuantan, Pekan dan Rompin.


“Di Negeri Sembilan, keadaan sama dijangka di Jelebu, Seremban, Kuala Pilah dan Jempol manakala di Johor membabitkan Segamat, Kluang, Mersing, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru.

“Di Sarawak pula, cuaca buruk dijangka melanda kawasan Sibu (Selangau), Mukah (Dalat dan Mukah) dan Bintulu (Tatau),” ujarnya.

Tambah MetMalaysia, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 millimeter sejam.

-Kosmo Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori