Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Russia Iktiraf Pilihan Raya...

MOSCOW - Russia mengiktiraf keputusan pilihan raya pemberontak yang menimbulkan kontroversi di timur...

Polis Wanita Bergaduh: Siasatan...

KUALA LUMPUR : Polis akan menjalankan siasatan dari sudut tatatertib dalam kejadian pergaduhan...

Akta Hasutan 1948 Bukan...

JOHOR BAHRU - Akta Hasutan 1948 bukan alat politik untuk menutup ruang kritikan...

3,973 Kes Positif Covid-19,...

KUALA LUMPUR - Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) merekodkan 3,973 kes positif Covid-19 setakat...

Rina Didakwa ‘Cari Publisiti’ Selepas Kes Bella Tarik Perhatian TMJ

PETALING JAYA : Rina Harun dikecam sebagai “mencari publisiti” selepas menteri pembangunan wanita, keluarga, dan masyarakat itu melawat remaja sindrom Down dalam kes penderaan, Bella, bersama media baru-baru ini.

Ikuti Mynewshub: Facebook,TwitterTikTokTelegram, Instagram

Pengasas bersama Yayasan Chow Kit, Hartini Zainudin berkata, menteri itu hanya melibatkan diri selepas kes penderaan remaja 13 tahun itu menarik perhatian Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim dan isteri, Che’ Puan Besar Khaleeda Bustamam.

“Saya tidak tahu apa motifnya, tetapi pastinya nampak seperti berlumba-lumba untuk menunjukkan bahawa beliau melakukan sesuatu dalam kes penderaan Bella,” katanya kepada FMT.

Tambahnya, Rina telah hilang kebolehpercayaan sebagai seorang menteri yang menjaga kebajikan kanak-kanak rentan kerana langkah itu dilihat “kurang ikhlas” dan “hipokrit”.

Di Twitter, Hartini berkata, Rina “tidak sensitif dan tidak tahu mengenai perlindungan kanak-kanak” dan meminta beliau “berhenti bergambar”.

Rina menjadi sasaran kritikan orang ramai yang menonton video Sinar Harian memaparkan menteri itu melawat Bella di sebuah hospital, ditemani wartawan dan jurugambar.

Tunku Ismail Sultan Ibrahim semalam menawarkan khidmat peguamnya secara percuma bagi menjalankan arahan memerhati bagi kes Bella, anak angkat di sebuah rumah kebajikan, Rumah Bonda.


Pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Ahd Razali, 30, mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan, iaitu mengabaikan dan menganiaya Bella sehingga menyebabkan mangsa mengalami kecederaan fizikal serta emosi di sebuah kondominium di Wangsa Maju antara Februari dan Jun 2021.

Dia dituduh mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun atau denda RM50,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Rina mengalu-alukan tawaran Tunku Ismail itu dan berkata, beliau akan memberi taklimat kepada TMJ mengenai langkah-langkah yang diambil oleh kementerian berhubung perbicaraan itu.

“Kes Bella menjadi tumpuan sejak Julai 2021, sudah sembilan bulan. Apa yang kamu buat ketika itu?” kata seorang warganet.

“Ia bukan hanya Bella, adakah kamu faham? Kamu mempunyai kuasa untuk memastikan kanak-kanak selamat, adakah kamu melakukan apa-apa?” kata seorang lagi pengguna.

-Free Malaysia Today

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori