Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

6 Amalan Sunat Bulan...

HARI Raya Aidilfitri menandakan hari kemenangan buat umat Islam di seluruh dunia setelah...

2 Lelaki Positif Dadah...

JOHOR BAHARU - Dua lelaki tempatan ditahan kerana positif dadah dalam Op Bersepadu...

Universiti Perlu Buat Penilaian...

KOTA TINGGI : Universiti awam (UA) perlu membuat penilaian risiko bagi semua acara...

Perincikan Kaedah Terbaik Atasi...

KOTA KINABALU - Kerajaan negeri akan mengkaji dan memperincikan kaedah terbaik untuk menyelasaikan...

Rusia Ugut Finland Hancur Sekiranya Sertai NATO

MOSCOW – Seorang wakil rakyat Rusia memberi amaran kepada Finland mengenai impak serius yang bakal diterima sekiranya Helsinki memilih untuk menyertai Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO), lapor akhbar Daily Mail kelmarin.

Ikuti Mynewshub: Facebook,TwitterTikTokTelegram, Instagram

Vladimir Dzhabarov berkata, Finland akan menjadi sasaran Kremlin yang seterusnya dan keanggotaan dalam NATO akan menjamin kemusnahan negara tersebut.

Dzhabarov menyifatkan keputusan yang silap akan menyebabkan situasi di Ukraine turut berlaku di Finland.

“Jika kepimpinan Finland nekad meneruskan niat menjadi anggota NATO, ia akan menjadi satu kesilapan strategik.

“Finland yang berjaya membangun selama ini hasil hubungan perdagangan dan ekonomi yang erat dengan Rusia akan menjadi sasaran seterusnya. Penyertaan dalam NATO akan mengakibatkan tragedi kepada seluruh rakyat Finland,” katanya.

Beliau juga yakin Finland tidak akan menandatangani kad NATO untuk kemusnahan negara mereka.

Dalam pada itu, minat Finland untuk menyertai NATO selepas sekian lama menjadi negara berkecuali meningkat selepas perang melanda Ukraine.

Menteri Luar Finland, Pekka Haavisto berkata, polisi itu akan dijelaskan dalam tempoh beberapa minggu akan datang.


Beliau juga memaklumkan bahawa NATO telah menawarkan jaminan keselamatan semasa proses permohonan keahlian.

NATO dijangka mengambil masa dari empat bulan hingga satu tahun untuk meluluskan permohonan Finland sekiranya perkara itu berlaku.

Perdana Menteri Finland, Sanna Marin berkata, pilihan sama ada menyertai NATO atau sebaliknya adalah keputusan yang mempunyai impak yang tersendiri.

‘Kita perlu menilai kedua-dua kesan jangka pendek dan panjang. Pada masa yang sama, kita mesti ingat matlamat kita adalah demi memastikan keselamatan Finland dalam semua situasi,” tegasnya.

Katanya, hubungan Finland dengan Rusia berubah kepada sesuatu yang sukar dipulihkan selepas serangan Moscow ke atas Ukraine.

Finland berkongsi sempadan sepanjang 1,340 kilometer dengan Rusia sekali gus paling panjang berbanding mana-mana negara Kesatuan Eropah (EU).

Kosmo-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori