Thursday, November 28, 2024

Creating liberating content

Waspada, ‘Along’ Jerat Pencarum...

PUTRAJAYA - Sasarkan pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dengan menawarkan pinjaman mudah...

Seorang Lagi Penipu Isu...

SEJAK semalam, tersebar sekeping gambar yang mendakwa duit simpanan seorang mahasiswi di Tabung...

Henti Tunding Jari Kepada...

MALAYSIA membayar RM320,270,519.24 kepada Singapura sebagai pampasan pembatalan projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi...

Menuju Krisis Perlembagaan, PM...

KUALA LUMPUR - Teguran Istana Negara berhubung pembatalan Ordinan Darurat dan jawapan balas...

Rusia Undur Dua Per Tiga Tentera Dari Kyiv

WASHINGTON : Rusia dilaporkan sudah mengundurkan dua per tiga tenteranya dari sekitar kawasan Kyiv dan menghimpunkan pasukan tersebut di Belarus sebelum dikerah ke beberapa kawasan Ukraine yang lain.

Ikuti Mynewshub: Facebook,TwitterTikTokTelegram, Instagram

Seorang pegawai kanan pertahanan Amerika Syarikat (AS) berkata, pasukan tentera Rusia dijangka disusun, dilengkapkan dan dikerahkan semula ke tempat lain di Ukraine.

Pada hujung minggu lalu, Ukraine mendakwa tenteranya berjaya merampas kembali semua kawasan di sekitar Kyiv, menguasai sepenuhnya wilayah ibu negara itu buat pertama sejak Rusia melancarkan serangan pada 24 Februari lalu.

Pegawai AS yang enggan mendedahkan identitinya itu memaklumkan, berdasarkan jangkaan AS, terdapat kurang dari 20 batalion kumpulan taktikal tentera Rusia yang memberi tumpuan kepada Kyiv.


Jumlah itu kurang daripada satu per enam daripada kumpulan taktikal batalion yang dikerahkan oleh Kremlin untuk menyerang Ukraine.

“Kami masih melakukan penilaian terhadap lebih 125 batalion kumpulan taktikal yang dikerahkan Rusia ke Ukraine,” kata pegawai itu.

Pegawai itu juga memaklumkan, tentera Rusia mungkin akan dikerahkan ke timur Ukraine, namun belum dapat disahkan.

-Utusan Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori