Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Eksport Ayam Masih Tidak...

KUALA LUMPUR: Kerajaan memutuskan untuk tidak lagi membenarkan sebarang eskport ayam buat masa...

Karier Badminton Zulfadli, Chun...

BEKAS juara badminton remaja dunia, Zulfadli Zulkiffli dan pemain profesional, Tan Chun Seang...

Pemandu Lori Maut, 7...

REMBAU: Seorang pemandu lori maut, manakala tujuh anggota polis parah dalam nahas membabitkan...

Rosmah Lawat Rumah Perlindungan...

NEW DELHI - Isteri perdana menteri Datin Seri Rosmah Mansor melawat sebuah rumah...

Russia Melarang Kemasukan PM Britain Johnson

MOSCOW: Moscow mengumumkan ia melarang kemasukan Perdana Menteri, Boris Johnson dan beberapa pegawai tertinggi United Kingdom (UK) selepas London mengenakan sekatan ke atas Russia berhubung operasi ketenteraannya di Ukraine.

Ikuti Mynewshub:Ā Facebook,Twitter,Ā TikTok,Ā Telegram,Ā Instagram

Kementerian Luar dalam satu kenyataan berkata, ia sebagai tindak balas terhadap maklumat dan kempen politik London yang tidak terkawal dalam mengasingkan Russia di peringkat antarabangsa, mewujudkan syarat untuk menyekat negara dan ekonomi domestik.

Selain itu, kementerian turut menuduh London melakukan ‘tindakan bermusuhan yang tidak pernah berlaku sebelum ini’ khususnya merujuk kepada sekatan ke atas pegawai kanan Russia.

“Kepimpinan British sengaja memburukkan keadaan di sekitar Ukraine, menyalurkan rejim Kyiv dengan senjata maut dan menyelaraskan usaha serupa bagi pihak Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO),” kata kementerian itu.


Senarai hitam kemasukan ke Russia termasuk Timbalan Perdana Menteri UK, Dominic Raab, Setiausaha Luar, Liz Truss, Setiausaha Pertahanan, Ben Wallace, bekas Perdana Menteri, Theresa May dan Menteri Pertama Scotland, Nicola Sturgeon.

Britain menjadi sebahagian daripada usaha antarabangsa untuk menghukum Russia dengan pembekuan aset, larangan perjalanan dan sekatan ekonomi, sejak Presiden, Vladimir Putin memindahkan tentera ke Ukraine pada 24 Februari.

BHonline-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori