Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

Murid Pra Sekolah Cedera...

SEREMBAN - Seorang murid pra sekolah di Taman Tasik Jaya cedera akibat dicampak...

“Saya Tak Beli Pengikut...

PETALING JAYA - Pelakon dan penerbit, Datuk Rosyam Nor, 51, akur tuntutan semasa...

VIDEO: Memori ƃĀ¢Ć¢ā€šĀ¬Ć‹Å“Chow Kit...

PUTRAJAYA - Konsert Chow Kit Road 2.0 yang dijadual diadakan di Jalan Tuanku...

Hujan Lebat Berterusan Di...

KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi (METMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan membabitkan empat negeri hingga...

Sarawak Sasar Dirikan 7,000 Menara Telekomunikasi

KUCHING : Sasaran Sarawak untuk membina 7,000 menara telekomunikasi bagi memastikan liputan komunikasi diperluas ke seluruh negeri menjelang tahun 2025 hingga 2030 akan dapat dicapai dengan pembabitan bersama agensi Persekutuan dan negeri.

Ikuti Mynewshub:Ā Facebook,Twitter,Ā TikTok,Ā Telegram,Ā Instagram

Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak, Datuk Julaihi Narawi, berkata ketika ini dua agensi utama iaitu Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan Perbadanan Ekonomi Digital Sarawak (SDEC) bekerjasama dalam proses untuk menyediakan kemudahan komunikasi itu khususnya di kawasan luar bandar.

Menurutnya, separuh daripada 7,000 menara itu sudah berjaya didirikan dan usaha berterusan kini sedang dilaksanakan untuk membina separuh lagi secara berperingkat.

“Dalam usaha untuk mencapai sasaran itu, 300 menara yang dibina oleh Sacofa Sdn Bhd (SACOFA) bagi fasa pertama sudah siap dan sudah diserahkan kepada SDEC manakala 300 menara lagi yang dilengkapi dengan segala kemudahan telekomunikasi, sedang dalam pembinaan,”katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Menandatangani Perjanjian Persefahaman (MoU) antara Sarawak Information Systems Sdn Bhd (SAINS), SACOFA dan PP Telecommunication Sdn Bhd (PPTEL) di Pusat Konvenysen Borneo Kuching (BCCK) di sini, hari ini.


Perjanjian itu adalah bagi mencapai matlamat untuk transformasi digital di Sarawak dengan tiga pihak terbabit adalah pemain utama dalam transformasi digital Sarawak, daripada penyediaan infrastruktur digital, membina jaringan komunikasi ke kawasan luar bandar termasuk ke kawasan terpencil dan membangunkan serta melaksana sistem aplikasi untuk kerajaan Sarawak.

Mengenai isu keengganan syarikat penyedia perkhidmatan untuk memasang pemancar di menara yang disediakan terutamanya di luar bandar, Julaihi berkata, perkara itu akan diatasi segera dengan menjemput pihak syarikat terbabit melihat sendiri lokasi menara itu.

“Bulan lalu saya ada membuat perjumpaan dengan wakil beberapa syarikat penyedia perkhidmatan telekomunikasi itu dan meminta mereka agar tidak memberi tumpuan di kawasan bandar sahaja, tetapi lihat juga kawasan luar bandar termasuk di pedalaman.

“Saya menerima maklumbalas yang baik daripada semua syarikat terbabit dan bersedia untuk bersama membantu mencapai visi kerajaan Sarawak ke arah digitalisasi,” katanya.

-Berita Harian

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori