Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Pemandu Palestin Rempuh Polis,...

BAITULMUQADDIS – Dua pemandu Palestin merempuh kenderaan mereka ke arah sejumlah pejalan kaki...

Agong Kurnia Surat Cara...

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah hari Isnin...

Gadis Mati Ketika Selfie...

BUCHAREST - Seorang gadis belasan tahun mati melecur selepas tersentuh kabel elektrik berkuasa...

Laluan LPT2 Akan Ditambah...

KUALA LUMPUR - Laluan di bawah jambatan dan terowong kenderaan (VBC) di Lebuhraya...

Satu Kematian Disahkan Rabies Di Selangor

Shah Alam : Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS) memaklumkan terdapat satu kes kematian membabitkan seorang lelaki warga tempatan yang disahkan rabies pada 4 April lalu.

Ikuti Mynewshub: Facebook,TwitterTikTokTelegram, Instagram

Pengarah Kesihatan Selangor, Datuk Dr Sha’ari Ngadiman dalam kenyataan di Facebook rasmi JKNS memaklumkan mangsa yang berusia 40 tahun dan menetap di daerah Petaling itu, meninggal dunia di rumah pada 10 Mac lalu.

“Mendiang dihantar ke Hospital Serdang untuk bedah siasat dan keputusan ujian makmal bag spesimen otak didapati positif virus rabies,” katanya.

Dr Sha’ari berkata, hasil siasatan dalam kalangan masyarakat setempat mendapati mendiang dilihat masih berjalan-jalan di sekitar kawasan perumahan dua hari sebelum meninggal.

“Adalah dimaklumkan punca jangkitan masih dalam siasatan. Tiada gejala dan tanda penyakit rabies dilaporkan pada kes yang berlaku di Selangor ini,” katanya.

Dr Sha’ari berkata, berikutan kejadian kes itu, beberapa langkah pencegahan dan kawalan dijalankan secara bersepadu oleh JKNS, Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS) Selangor dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di Petaling antaranya penangkapan anjing liar yang dijalankan di lokaliti terbabit bermula 7 April lalu.

“Spesimen haiwan yang ditangkap dihantar ke Institut Penyelidikan Veterinar (VRI),” katanya.


Dr Sha’ari berkata, siasatan lapangan oleh Pejabat Kesihatan Daerah Petaling dan Program ActiveCase Detection (ACD) dalam lingkungan radius satu kilometer dari rumah mendiang.

Katanya, surat peka kepada semua fasiliti kesihatan awam dan swasta dikeluarkan bagi meningkatkan kesedaran dan pengesanan awal kes gigitan anjing atau haiwan liar oleh pengamal perubatan di Selangor.

“Selain itu, pelantikan dua hospital rujukan kes gigitan anjing di negeri ini iaitu Hospital Shah Alam dan Hospital Serdang. Ini bagi membolehkan penilaian risiko dan kategori luka bagi pemberian vaksin rabies serta rawatan immunoglobulin rabies sekiranya perlu,” katanya.

Susulan itu, Dr Sha’ari turut menasihati orang awam agar sentiasa mengambil langkah-langkah pencegahan apabila digigit oleh anjing atau haiwan liar iaitu segera membersihkan bahagian tubuh yang digigit atau dicakar dan mendapatkan rawatan.

“Segera laporkan kepada DVS Selangor atau Pejabat Perkhidmatan Veterinar Daerah sekiranya peliharaan berubah tingkah laku termasuk menjadi agresif atau pihak PBT jika terdapat anjing atau haiwan liar yang berkeliaran di kawasan tempat tinggal,” katanya.

-Harian Metro

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori