Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Kena Nyanyi Negaraku Atau...

GEORGE TOWN - Sekumpulan pendatang asing tanpa izin (PATI) yang ditahan penguatkuasa Imigresen...

Kes Baharu Masih Bawah...

PUTRAJAYA – Kes baharu kekal bawah angka 4,000 dengan 3,504 kes hari ini,...

Najib Adakan Pertemuan Dengan...

SINGAPURA - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengadakan pertemuan empat mata...

Kerajaan Tidak Akan Tunduk...

KUALA LUMPUR – Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook menegaskan kerajaan tidak akan...

Satu Lagi Kertas Siasatan Gangguan Seksual Dikaitkan Dengan Ebit Lew

Kuala Lumpur : Satu lagi kertas siasatan berhubung kes gangguan seksual yang dikaitkan dengan pendakwah terkenal, Ebit Lew kini sedang disiapkan.

Ikuti Mynewshub: Facebook,TwitterTikTokTelegram, Instagram

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Abd Jalil Hassan berkata, pihaknya sedang melengkapkan siasatan berhubung laporan yang dibuat di Semenanjung.

Menurutnya, siasatan dijalankan termasuklah mengesan saksi berhubung dakwaan itu.

“Belum pasti bila akan didakwa, masih disiapkan siasatan lagi,” katanya.

Sebelum ini, Ebit, 37, mengaku tidak bersalah selepas didakwa di Mahkamah Litar di Pejabat Daerah Tenom, terhadap 11 pertuduhan berkaitan gangguan seksual.

Ebit atau nama sebenarnya Ebit Irawan Lew Ibrahim Lew didakwa mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga lima tahun, denda atau kedua-duanya bagi setiap pertuduhan


Mahkamah kemudiannya menetapkan 20 hingga 23 April depan sebagai tarikh penyerahan dokumen, manakala tarikh perbicaraan ditetapkan pada Jun depan.

Ebit dibebaskan dengan jaminan RM1,000 bagi setiap pertuduhan dengan dua penjamin.

Untuk rekod, Ebit berdepan pertuduhan membuat penghantaran gambar dan perkataan lucah dengan bermaksud mengaibkan kehormatan seseorang melalui aplikasi WhatsApp.

Semua pertuduhan adalah bagi kesalahan yang didakwa berlaku di daerah Tenom, Sabah antara Mac hingga Jun 2021 terhadap seorang perempuan Melayu.

-Harian Metro

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori