Sunday, November 24, 2024

Creating liberating content

Doktor Keluarkan 420 Batu...

CHINA - Seorang penggemar makanan tofu terkejut selepas mendapati 420 batu ginjal telah...

EU Perlu Haramkan Mentega,...

TELUK INTAN - Kesatuan Eropah (EU) perlu mengharamkan mentega dan bukannya minyak sawit...

PKR, DAP Tolak Lajim...

PKR membantah keputusan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah, Datuk Syed Abas Syed...

Sultan Nazrin Terkenal Dengan...

IPOH - Sultan Perak Sultan Nazrin Shah yang dipilih sebagai Timbalan Yang di-Pertuan...

Sekutu EU Usir Lebih 120 Diplomat Russia

ROM : Itali, Denmark dan Sweden hari ini menyertai sekutu Kesatuan Eropah (EU) untuk bertindak mengusir diplomat Russia susulan perang di Ukraine, dengan lebih 120 diarah pulang dalam tempoh 48 jam terakhir ini.

Ikuti Mynewshub: Facebook,TwitterTikTokTelegram, Instagram

Pengusiran berlaku di tengah-tengah kemarahan antarabangsa terhadap pembunuhan di bandar Bucha di Kyiv, selepas ratusan mayat ditemui dalam kubur besar atau bersepah di jalanan sejak kelmarin.

“Kami sudah mengusir 30 diplomat Russia atas sebab keselamatan negara,” kata Menteri Luar Itali, Luigi di Miao kepada televisyen Rai Itali di Berlin, dalam berita yang disahkan oleh kementerian itu di Rom.

Beliau berkata, Duta Besar Russia ke Itali, Sergey Razov, sudah dipanggil hari ini untuk memberitahunya mengenai keputusan kerajaan Itali mengusir diplomat terbabit dan beliau ditakrifkan sebagai ‘persona non grata’.

Denmark sebelum ini memaklumkan sudah mengusir 15 pegawai perisikan Russia yang didakwa mengintip wilayahnya.

“Kerajaan mengutuk kekejaman Russia terhadap orang awam Ukraine di Bucha. Serangan yang disengajakan terhadap orang awam adalah jenayah perang,” menurut Menteri Luar Denmark, Jeppe Kofod.

Bagaimanapun, pihak berkuasa Russia menafikan tuduhan pembunuhan orang awam di Bucha dan lokasi lain berhampiran ibu negara Kiev, dengan Kementerian Pertahanan Russia mendakwa ia dilakukan oleh Ukraine.

Kofod berkata, hubungan diplomatik dengan Moscow masih kekal dan duta Russia serta seluruh kakitangan kedutaannya di Copenhagen tidak tersenarai dalam pengusiran.

Tidak lama selepas itu, Kementerian Luar Sweden pula mengumumkan mengusir tiga diplomat Russia yang menjalankan operasi haram di sana.

“Hari ini, Kementerian Luar sudah memutuskan memecat tiga diplomat Russia yang tidak bekerja di Sweden, selaras dengan konvensyen Vienna mengenai hubungan diplomatik,” kata Menteri Luar, Ann Linde.

Pengumuman itu seiring langkah dibuat Perancis, yang mengusir 35 diplomat Russia semalam, sementara jurucakap kerajaan Jerman memaklumkan 40 diplomat Russia sudah dihantar pulang.


Semalam juga, Lithuania memaklumkan mengusir duta Russia sebagai tindak balas kepada pencerobohan tentera negara berkenaan susulan pembunuhan di Bucha itu.

Berdasarkan kiraan semasa, negara EU sudah mengusir lebih 230 diplomat Russia sejak Moscow menyerang Ukraine pada 24 Februari lalu.

Russia pada minggu lalu memberitahu sudah mengusir 10 diplomat dari Latvia, Lithuania dan Estonia.

Timbalan Menteri Luar Russia, Alexander Grushko, hari ini berkata ia jelas kempen yang diselaraskan dan Moscow sudah tentu akan mengambil tindakan balas.

“Ini tamparan kepada hubungan dua hala, kepada saluran perbincangan diplomatik,” katanya, sambil menambah kesannya akan dirasai untuk satu tempoh lebih lama.

Presiden Ukraine, Volodymyr Zelensky, menggesa dunia menguatkuasakan sekatan baharu yang keras ke atas Moscow berhubung pembunuhan di Bucha, yang disifatkannya sebagai jenayah perang dan pembunuhan beramai-ramai.

Kremlin menolak tuduhan barat bahawa tentera Russia bertanggungjawab.

Mereka mendakwa menjelaskan bahawa imej ditunjukkan itu adalah palsu atau kematian berlaku selepas tentera Russia menarik diri dari kawasan itu.

Namun, gambar satelit dikeluarkan oleh Maxar Technologies pada pertengahan Mac lalu, iaitu sebelum pengunduran Russia, menunjukkan imej kelihatan seperti mayat di beberapa lokasi sama ditemui oleh tentera Ukraine serta wartawan.

EU sudah menawarkan penyiasatan bagi mengumpulkan bukti, sementara Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden, menggesa perbicaraan jenayah perang dimulakan segera.

BHonline-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori