Saturday, January 25, 2025

Creating liberating content

Remaja Maut Kelar Tangan,...

SEORANG remaja lelaki nekad bunuh diri selepas kecewa dengan tindakan teman wanita yang...

1,200 Kakitangan Terlibat Operasi...

KUALA LUMPUR – Seramai 1,200 kakitangan akan ditugaskan secara harian dalam pengoperasian stesen,...

Aliran Masuk Dana Asing...

KUALA LUMPUR - Pasaran ekuiti Malaysia menyaksikan aliran masuk dana asing bersih sebanyak...

Ditikam Sampai Mati Lepas...

Klang : Wanita ditemui meninggal dunia dalam sebuah kereta dengan beberapa kesan tikaman...

Selangor Tawar Rumah Mampu Milik Lengkap Perabot Asas

SHAH ALAM : Projek Rumah Idaman yang akan dibina di Seksyen U8, Bukit Jelutong di sini ditawarkan pada harga mampu milik, selain dilengkapi beberapa perkakasan asas.

Ikuti Mynewshub: Facebook,Twitter, TikTok, Telegram, Instagram

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, seunit rumah tersebut yang mempunyai keluasan 1,000 kaki persegi akan dijual pada harga RM250,000.

“Saya rasa tidak ada projek perumahan mampu milik di Malaysia dijual pada harga ini, selain turut dilengkapi perkakas asas seperti tiga almari pakaian, sebuah kabinet dapur dan sebuah televisyen bersaiz 32 inci.

“Selain itu, rumah ini turut dilengkapi dengan tiga buah penyaman udara, sebuah peti ais dan dua buah mesin pancuran air,” katanya ketika menguar-uarkan pembinaan projek Rumah Idaman secara dalam talian, hari ini.

Menurutnya, setiap unit rumah berkenaan akan mempunyai tiga buah bilik tidur, dua buah bilik air, sebuah dapur, sebuah ruang tamu dan sebuah balkoni, dengan setiap pemilik rumah akan disediakan dua buah tempat letak kenderaan.


Amirudin berkata, orang ramai boleh melayari laman sesawang rasmi Platform Selangor:Plats bagi mengetahui lebih lanjut berhubung projek Rumah Idaman.

“Untuk projek Rumah Idaman di Bukit Jelutong, ia akan dibina oleh syarikat pemaju, Nadi Cergas Development Sdn. Bhd. (Nadi Cergas Development), yang mempunyai beberapa projek pembangunan di Putrajaya dan Ulu Yam.

“Saya beri jaminan bahawa seunit rumah ini dijual RM250,000, walaupun dilengkapi beberapa perkara asas yang telah saya sebutkan,” jelasnya.

-Utusan Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori