Pujian harus diberikan kepada bekas Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli kerana bijak mengambil peluang.
Ikuti Mynewshub: Facebook,Twitter, TikTok, Telegram, Instagram
Bijak mengambil kesempatan mempromosikan aplikasinya selepas namanya kembali menjadi sebutan.
Namanya kembali disebut selepas dia menyerang mantan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Strategi yang sangat berkesan untuk kembali meraih populariti selepas bersara daripada politik pada 2019.
Aplikasi dibangunkan Rafizi sama seperti aplikasi GrabFood, FoodPanda, Shopee atau Lazada.
Rafizi kata aplikasi platform e-dagang itu percuma untuk rakyat Malaysia sebagai khidmat masyarakat.
Kerana hobi utama dia menggalakkan orang berniaga dan mencari rezeki sendiri.
Namun mungkin ada tertanya-tanya bagaimana Rafizi menampung kos pengendalian aplikasi tersebut.
Termasuk membayar mata ganjaran kepada setiap pengguna baharu hanya Rafizi dan pasukannya yang tahu.
Tetapi aku terbaca dalam satu artikel bagaimana aplikasi percuma boleh menjana pendapatan seperti berikut:
1) In-App Purchases
Antara strategi yang paling popular dan digunakan oleh beribu-ribu apps di dalam industry.
In-apps purchases adalah satu cara yang membenarkan pengguna membeli sesuatu di dalam apps tersebut.
2) Iklan dalam aplikasi
Iklan elemen penting dalam pemasaran. Ia ada dimana-mana dan termasuk jugalah di aplikasi smarphone.
Terdapat banyak jenis iklan untuk aplikasi smarphone seperti pop up apps, iklan affiliate dan cost per click ads.
3) Freemium
Untuk menggunakan strategi ini perlukan satu lagi applikasi yang berbayar.
Berikan satu aplikasi percuma dan sediakan satu aplikasi berbayar dengan menawarkan fungsi lebih bermanfaat.
Tidak pasti sama ada tiga ciri ini atau salah satunya terdapat pada aplikasi Rafizi. Yang pasti Rafizi memang bijak.
Barangkali dia dan pasukannya telah lama merancang ini dan anda sahaja yang lalai.
-Mynewshub