Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Polis Buru 2 Penunggang...

SEREMBAN - Polis sedang memburu dua penunggang motosikal yang dipercayai terbabit dalam perlumbaan...

Takda Ke MP Muslim...

PERGHHH... Kagum... antara rasa yang terlintas di hati penulis ketika membaca 'pelakon-pelakon' dalam plot...

Pemandu, Kelindan Lori Cedera...

IPOH - Pemandu lori dan kelindan cedera apabila kenderaan itu berlanggar dengan sebuah...

Ikuti Kempen Haji IG...

MUSIM haji kini tiba lagi... Menunaikan ibadah panggilan Baitullah. Tanah Suci Makkah Al Mukaramah. Suasana...

Sindiket Tipu Rekalibrasi Tenaga Kerja, Kaut Untung RM2 Juta

PUTRAJAYA: Jabatan Imigresen menumpaskan satu sindiket Program Rekalibrasi Tenaga Kerja (RTK) selepas menahan empat lelaki dalam serbuan pada 15 April lalu.

Ikuti Mynewshub: Facebook,TwitterTikTokTelegram, Instagram

Serbuan di sebuah premis di Kuala Lumpur itu menahan seorang lelaki tempatan dan tiga warga asing berusia antara 20 hingga 47 tahun.

Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Seri Khairul Dzaimee Daud berkata, pihaknya turut merampas sejumlah 264 pasport pelbagai negara seperti Bangladesh, Indonesia dan India.

Beliau berkata, turut dirampas adalah wang tunai berjumlah RM7,270 dipercayai sebahagian hasil kutipan transaksi harian dari aktiviti berkenaan.

“Siasatan awal mendapati, sindiket menjadikan premis syarikat pelancongan sebagai lokasi pendaftaran, pengumpulan pasport dan penerimaan bayaran dari warga asing untuk menyertai Program RTK. Sindiket juga didapati menjalankan aktiviti menyerupai syarikat ‘outsourcing‘ yang telah dimansuhkan dengan menggunakan beberapa syarikat tidak aktif (dormant) untuk mendapatkan kuota pekerja asing di bawah Program RTK,” katanya dalam kenyataan hari ini.


Katanya, sindiket dipercayai mengenakan bayaran antara RM6,500 hingga RM8,000 seorang bagi mendapatkan Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS) untuk pelbagai sektor melalui program berkenaan.

Khairul berkata, berdasarkan jumlah pasport dan tempoh beroperasi, sindiket dipercayai mengaut keuntungan mencecah RM2 juta melalui caj yang dikenakan ke atas pekerja asing, syarikat atau individu yang menjadi pelanggan mereka.

Menurutnya, kesemua tahanan dibawa ke Jabatan Imigresen Putrajaya untuk siasatan dan tindakan lanjut.

“Mereka akan disiasat dibawah Akta Imigresen 1959/63, Akta Pasport 1966 dan Peraturan-Peraturan Imigresen 1963. Orang ramai terutama warga asing dan majikan dinasihatkan supaya berurusan terus dengan Jabatan Imigresen dan tidak menggunakan orang tengah atau ejen dalam urusan mendapatkan PLKS yang sah di bawah RTK.

UtusanOnline-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori