Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Feri Bawa 51 Penumpang...

BALI - Operasi menyelamat sedang dijalankan selepas sebuah feri yang membawa 51 penumpang...

Jumlah Mangsa Letupan Bom...

SONGKHLA - Jumlah mereka yang cedera dalam kejadian letupan bom di stesen keretapi...

Kemajuan Negara: Peranan Wanita...

PUTRAJAYA - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata sesebuah negara tidak...

Shahrir Samad, Ahmad Maslan...

KUALA LUMPUR - Dua pemimpin UMNO, Tan Sri Shahrir Abd Samad dan Datuk...

SKoD KEMAS Bantu Penduduk Ditimpa Musibah

KUALA NERANG : Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) akan melaksanakan program Sahabat Komuniti Desa (SKoD) di 182 kawasan Parlimen yang berada di luar bandar bermula tahun ini.

Ikuti Mynewshub: Facebook,Twitter, TikTok, Telegram, Instagram

Menterinya, Datuk Seri Mahdzir Khalid, berkata program di bawah penyelarasan Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) itu dilaksanakan bagi menggerakkan aktiviti sukarelawan di luar bandar.

“SKoD ini adalah Kumpulan Tindakan Komuniti yang ditubuhkan di kawasan luar bandar yang mempunyai peranan seperti Komuniti Rukun Tetangga.

“Sebagai contoh apabila berlaku bencana seperti banjir, tanah runtuh atau kebakaran di kawasan mereka, sukarelawan SkoD ini akan menjadi barisan paling pantas bagi membantu mangsa yang terkesan di kawasan masing-masing,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Majlis Komuniti Sejahtera dan Iftar Bersama Warga KEMAS di Pusat Komuniti Padang Kerasak, Naka, di sini malam tadi.

Turut hadir, Ketua Pengarah KEMAS, Datuk Mohamad Yasid Bidin dan Pegawai Daerah Padang Terap, Datuk Ghani@Zulkifli Zainuddin.


Mengulas lanjut Mahdzir berkata, penyertaan SKoD adalah secara sukarela dan terbuka serta membabitkan penghulu, ketua kampung, institusi kepimpinan komuniti, jawatankuasa masjid, surau serta orang awam.

Katanya, SKoD disasarkan akan dianggotai sekurang-kurangnya 15 orang bagi setiap kampung secara sukarela dan tanpa sebarang bayaran keahlian.

“Antara pengisian Program SkoD termasuk aktiviti kesedaran kesihatan, amalan gaya hidup sihat dan program menangani isu keselamatan serta kebajikan penduduk kampung.

“Selain itu, ini juga akan memupuk semangat patriotisme seperti sambutan Hari Kebangsaan, jadi kita berharap melalui program ini kita mampu melahirkan generasi pelapis yang akan menjadi barisan kepemimpinan dalam kalangan penduduk kampung,” katanya.

-Berita Harian

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori