Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

Banjir Musnahkan Prasarana, Ganggu...

TATAU - Banjir kali ketiga dalam tempoh tiga bulan memusnahkan prasarana serta mengganggu...

Semua Sekolah Terjejas Banjir...

KUALA LUMPUR - Semua sekolah terjejas banjir di Kelantan, Pahang dan Perak telah...

Untung La.! Hunny Madu...

JEALOUS kami lihat hos program Nasi Lemak Kopi O, Hunny Madu yang mendapat...

Amalan Tidak Beretika Punca...

KUALA LUMPUR - Tinggal kira-kira dua minggu sahaja lagi sebelum pelaksanaan Cukai Barang...

SPRM Ambil Dokumen Berhubung Isu Jual Tanah Lapangan Terbang

Seri Iskandar : Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sudah mendapatkan dokumen berhubung isu penjualan tanah untuk pembinaan lapangan terbang antarabangsa di Seri Iskandar, di sini, daripada beberapa jabatan berkaitan.

Ikuti Mynewshub: Facebook,TwitterTikTokTelegram, Instagram

Pengarah SPRM Perak, Datuk Mohd Fauzi Mohamad berkata, setakat ini pihaknya belum membuat sebarang tangkapan atau memanggil mana-mana individu berhubung perkara itu.

“Kami sedang mengkaji dokumen yang diperolehi daripada beberapa jabatan berkaitan.

“Pengumpulan bukti dan keterangan sedang dilaksanakan. Siasatan lebih menjurus kepada Seksyen 23 Akta SPRM 2009,” katanya ringkas ketika dihubungi, hari ini.


Sebelum ini media melaporkan, empat bekas EXCO Perak sewaktu pentadbiran Pakatan Harapan (PH) tampil meminta SPRM membuat siasatan berhubung isu penjualan tanah untuk tapak cadangan pembinaan lapangan terbang antarabangsa di Seri Iskandar.

Isu penjualan tanah lapangan terbang berkenaan timbul selepas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Aulong, Nga Kor Ming mendakwa tanah itu sudah dijual tanpa kebenaran kerajaan negeri.

Bagaimanapun Saarani memaklumkan penjualan tanah itu dilakukan ketika di bawah pentadbiran PH kepada syarikat swasta untuk pembangunan bercampur di kawasan itu.

-Harian Metro

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori