Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Isa, Isteri Lebih 4...

PUTRAJAYA - Tan Sri Isa Samad dan isteri, Puan Sri Bibi Sharliza Mohd....

Litrak Tawar Diskaun Tol...

KUALA LUMPUR - Pengguna Lebuhraya Damansara Puchong (LDP) dan Lebuhraya SPRINT masing-masing akan...

COVID-19: UiTM Tangguh Istiadat...

SHAH ALAM : Universiti Teknologi MARA (UiTM) menangguhkan Istiadat Konvokesyen ke-93 universiti tersebut...

PRU14: Survei Senjata Akhir...

PERANG survei atau tinjuan pendapat akan memanaskan suasana hari-hari terakhir kempen dalam Pilihan...

Sri Lanka Terima Dana Bank Dunia RM2.6 Bilion

COLOMBO – Pejabat Presiden Sri Lanka menyiarkan satu kenyataan rasmi yang memaklumkan bahawa Bank Dunia telah bersetuju untuk menyediakan bantuan kewangan sebanyak AS$600 juta (RM2.6 bilion) kepada negara itu, lapor laman berita Wion News, kelmarin.

Ikuti Mynewshub: Facebook,TwitterTikTokTelegram, Instagram

Bantuan kewangan tersebut akan digunakan oleh kerajaan untuk memulihkan semula krisis ekonomi yang melanda Sri Lanka.

“Wakil Tetap Bank Dunia, Chiyo Kanda semasa pertemuan dengan Presiden Gotabaya Rajapaksa memaklumkan bahawa Bank Dunia telah bersetuju untuk memberikan bantuan kewangan AS$600 juta (RM2.6 bilion) kepada Sri Lanka bagi mengatasi krisis ekonomi semasa.

“Sebanyak AS$400 juta (RM1.7 bilion) daripada jumlah tersebut akan disediakan dengan kadar segera di bawah fasa pertama,” demikian menurut kenyataan itu.

Bank Dunia telah memberi amaran bahawa lebih ramai rakyat Sri Lanka akan jatuh miskin tahun ini disebabkan oleh kemelesetan ekonomi melampau.


Krisis ekonomi yang belum pernah berlaku di negara itu sebahagiannya disebabkan oleh kekurangan mata wang asing.

Ini bermakna negara tidak mampu membayar urus niaga import bahan ruji seperti makanan dan bahan api.

Keadaan itu membawa kepada inflasi yang serius dan menjadikan harga barangan asas melambung tinggi hingga menyebabkan rusuhan dalam negara.

Sri Lanka mempunyai hampir AS$7 bilion (RM30 bilion) hutang asing yang perlu dibayar balik dalam tahun ini dan perlu membayar balik baki pinjaman bernilai AS$25 bilion (RM105 bilion) dalam tempoh lima tahun akan datang.

-Kosmo Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori