Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Padah Anggota Polis Rogol,...

SEORANG anggota polis di United Kingdom (UK) yang merakamkan dirinya merogol seorang wanita...

Pembelian Panik Dikatakan Punca...

KUALA TERENGGANU: Kehabisan stok paracetamol di farmasi beberapa daerah di negeri ini dikatakan...

Islamofobia Sambut Pelarian Yaman...

ISLAMOFOBIA kini memarakkan api kebencian penduduk Korea Selatan terhadap pelarian Yaman yang tiba...

JPP Perlu Main Peranan...

SEREMBAN - Jawatankuasa Penyelaras Penduduk (JPP) perlu memainkan peranan sebagai mata dan telinga...

‘Superman’ Dicekup Dalam Perjalanan Berbuka Puasa

SHAH ALAM  – Lagak berbahaya sekumpulan samseng jalanan ketika dalam perjalanan untuk berbuka puasa terbantut selepas dicekup polis di Lebuh Raya Kota Bharu-Ketereh di Kota Bharu, Kelantan pada Jumaat.

Ikuti Mynewshub: Facebook,TwitterTikTokTelegram, Instagram

Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Mohd Nadzri Hussain berkata, operasi sepasukan Unit Risikan Operasi JSPT Bukit Aman kira-kira jam 6.35 petang itu bertindak menahan sembilan penunggang motosikal terbabit.

Menurutnya, kumpulan terbabit dikesan melakukan aksi ‘superman’, menundukkan badan, ‘zig-zag’ dan bersaing sesama sendiri.

“Aksi itu jelas membahayakan diri serta pengguna jalan raya lain.

“Kesemua penunggang itu dipercayai dalam perjalanan dari Machang ke Kota Bharu untuk berbuka puasa,” katanya kepada Sinar Harian pada Sabtu.


Beliau berkata, kesemua motosikal jenis Yamaha Y15ZR, Honda EX5 dan Honda C70 berkenaan telah disita manakala penunggang berusia 16 hingga 26 tahun terbabit kini direman tiga hari untuk siasatan di bawah Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Dalam perkembangan lain, pada hari yang sama, seorang penunggang motosikal berusia 21 tahun turut ditahan di Kota Bharu kerana menggunakan nombor pendaftaran palsu.

Tambah Mohd Nadzri, operasi pada jam 7.40 petang itu juga telah bertindak menahan tujuh penunggang motosikal atas kesalahan tidak memiliki lesen.

“Kesemua tangkapan telah dibawa ke Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Bharu untuk siasatan lanjut,” katanya.

-Sinar Harian

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori