Monday, January 20, 2025

Creating liberating content

Bom Pesta Arak: 3...

KUALA LUMPUR - Polis menahan tiga lelaki termasuk pelajar sekolah tingkatan enam di...

Api Misteri Kembali Hantui...

KOTA BHARU - Penduduk di Kampung Penambang di Jalan Pantai Cahaya Bulan di...

Potong Markah Merokok Di...

SEREMBAN - Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hasan mencadangkan agar penerima...

Pahang, Johor Diramal Banjir...

KUALA LUMPUR - Pusat Ramalan dan Amaran Banjir Negara (PRABN) mengeluarkan ramalan awal...

Syed Saddiq Perlu Ditegur

Mungkinkah Presiden Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman telah membuat kenyataan yang mendahului proses mahkamah?

Ikuti Mynewshub: Facebook,TwitterTikTokTelegram, Instagram

Bukankah beliau sebagai Ahli Parlimen tidak sepatutnya membuat ‘ulasan’ berhubung intipati yang akan dibicarakan dalam kes Muhammad Yasin Sulaiman?

Syed Saddiq seolah-olah ‘mengesahkan’ di laman Facebook penyanyi nasyid itu sedang sakit dan memerlukan ganja untuk merawat penyakitnya.

“Saya mohon maaf kepada Saudara Yasin sebab terlepas pandang post saudara pada Oktober lepas.

“It was a cry for help not only for Yasin but for others who have been suffering and needing medical cannabis as treatment”

Syed Saddiq juga tidak patut mempersoalkan pertuduhan dikenakan dalam kes seperti itu hanya kerana beliau percaya ada pesakit yang memerlukan ganja untuk rawatan.

“Tapi bila bercakap hal kanabis untuk perubatan, tiba-tiba ia menjadi satu taboo dan tindakan hukuman undang-undang dikenakan”


Tentunya ada asas pendakwaaan dibuat pendakwa raya terhadap Muhammad Yasin yang dituduh mengikut Seksyen 39B dan 6B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Pihak pendakwaan tidak akan sewenang-wenang melakukan pertuduhan jika kertas siasatan pihak polis didapati tidak munasabah.

Namun memang benar tiada siapa bersalah selagi belum dibuktikan bersalah di mahkamah dan Yasin mempunyai peguam untuk mempertahankan dirinya.

Tanpa sebarang niat menyatakan penyanyi nasyid itu salah atau sebaliknya, kenyataan Syed Saddiq perlu ditegur kerana dikhuatiri boleh mempengaruhi tanggapan umum.

Orang yang selalu bercakap tentang undang-undang, tetapi sendiri melanggar undang-undang bukankah bunyinya mengelirukan.

Mynewshub-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori