Positif, bersedia, memberangsangkan antara perkataan disebut Pengerusi PN, Tan Sri Dato’ Haji Mahiaddin bin Md. Yasin tatkala mengulas tentang kemungkinan kerjasama PN dengan parti lain untuk memastikan saingan satu lawan satu dengan BN pada PRU-15.
Ikuti Mynewshub:Ā Facebook,Twitter,Ā TikTok,Ā Telegram,Ā Instagram
Mahiaddin tidak mendedahkan parti politik mana yang bakal bekerjasama dengan PN, tetapi apabila beliau yang juga Presiden Bersatu itu menyebut untuk memastikan satu lawan satu dengan BN sudah tentu PH termaktub sama.
Ia kerana hanya terdapat beberapa parti politik utama di Malaysia selain BN iaitu PN, PH dan parti kecil serpihan PH iaitu Pejuang, Warisan serta Muda. Jika satu sahaja daripada parti itu enggan bekerjasama dengan PN, maka tiadalah istilah satu lawan satu dengan BN.
Ini juga sudah tentu membawa maksud PN akan turut bekerjasama dengan DAP. Tidak logik Mahiaddin mahu memastikan satu lawan satu dengan BN pada PRU-15 tanpa DAP.
Dan lebih penting PAS selaku parti komponen PN secara tidak langsung akan kembali menjalin kerjasama politik dengan DAP. Mungkin istilah ‘tahallul siyasi’ akan kembali popular dalam landskap politik negara tidak berapa lama lagi.
Setakat ini tiada mana-mana pimpinan tertinggi PAS menyangkal kenyataan Mahiaddin mengenai PN akan menjalin kerjasama sama dengan parti lain bagi memastikan saingan satu lawan satu dengan BN.
Jika misi Mahiaddin itu tercapai, maka terbukti satu-satunya gabungan politik berprinsip dan berpegang teguh pada pendirian di negara ini adalah BN kerana BN menjadi satu-satunya parti politik yang tidak pernah merekodkkan kerjasama dengan DAP.
DAP yang pernah didakwa oleh PN (Bersatu dan PAS) sebagai parti politik yang menentang kepentingan Melayu dan Islam.
Terbukti juga Bersatu dan PAS pada bila-bila masa bersedia untuk mengubah pendirian termasuk dalam aspek kepentingan bangsa dan agama demi memastikan kuasa dalam gengaman.
Mynewshub-