Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

PBB Kutuk Pihak Bersenjata...

GENEVA - Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada Selasa mengutuk sekeras-kerasnya kegagalan semua pihak...

Gaji Pekerja Tiada Suntikan...

KUALA LUMPUR — Pengusaha sebuah restoran didenda RM3,000 oleh Mahkamah Majistret Ampang di...

Video: Lucu! Nasihat Pedas...

SUSULAN video viral wanita dikenali sebagai Bella yang mengamuk akibat produk pelangsing yang...

Parlimen: Penurunan Ringgit Tidak...

KUALA LUMPUR - Penurunan nilai ringgit tidak memberi kesan yang besar kepada pelajar...

Tahanan Lolos Lokap Bayan Baru Ditahan Semula

GEORGETOWN : Tahanan reman kes dadah yang melarikan diri dari Lokap Berpusat Balai Polis Bayan Baru, di sini, pada Selasa lalu, berjaya ditahan semula di Batu Kurau, Perak, semalam.

Ikuti Mynewshub: Facebook,Twitter, TikTok, Telegram, Instagram

Lelaki berkenaan ditemukan di sebuah chalet dalam keadaan kulitnya dipenuhi dengan kesan dipercayai akibat alahan teruk.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Mohd Shuhaily Mohd Zain, berkata penahanan semula suspek dilakukan pada jam 6 petang semalam.

“Menerusi operasi yang giat dilakukan, lelaki itu berjaya dikesan di sebuah chalet di Batu Kurau, Perak sebelum berjaya ditahan.

“Berikutan terdapat kesan alahan yang teruk pada kulitnya, lelaki berkenaan dihantar ke hospital bagi rawatan lanjut dan kini sudah berada semula dalam tahanan polis,” katanya pada sidang media, di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pulau Pinang, di sini, hari ini.

Mohd Shuhaily berkata, suspek berusia 33 tahun itu kini sudah direman selama empat hari sehingga 2 Mei bagi membantu siasatan.

“Kita juga akan menyiasat bagaimana dia boleh melarikan diri ke Batu Kurau.


“Polis juga mengucapkan terima kasih kepada orang awam yang membantu memberi maklumat mengenai keberadaan suspek,” katanya lagi.

Terdahulu, media melaporkan tahanan bernama Azizi Mohamad Hassan, 33, didapati melarikan diri dari lokap pada jam 12 tengah malam, Selasa lalu.

Dia ditahan pada 20 April lalu dan sedang menunggu keputusan di bawah Akta Dadah Berbahaya Langkah-langkah Pencegahan Khas (LLPK) 1985, sama ada dia akan dikenakan tahanan atau sekatan berkait kesalahan narkotik.

Susulan itu, enam anggota polis berpangkat Konstabel, Koperal dan Lans Koperal berusia antara 20-an hingga 30-an turut ditahan reman sehingga hari ini bagi membantu siasatan.

Mohd Shuhaily berkata, susulan penahanan semula tahanan itu, pihaknya tidak bercadang bagi meneruskan permohonan perintah reman terhadap anggota berkenaan.

“Elemen kecuaian memang wujud, kita akan teliti tindakan sesuai kepada anggota polis berkenaan manakala kes disiasat mengikut Seksyen 223 Kanun Keseksaan dan 224 Kanun Keseksaan,” katanya.

-Berita Harian

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori