Thursday, November 28, 2024

Creating liberating content

Geng Jepun Aktif Mencuri...

KEDUDUKAN rumah pusaka yang agak tersorok di Kampung Tasek, di Kuala Terengganu membongkar...

Tentera Brazil ‘Berperang’ Lawan...

BRASILLIA - Pihak berkuasa Brazil mengerahkan lebih 200,000 anggota tentera pergi rumah ke...

Cara David Teo ‘Tidak...

PENGARAH Mamat Khalid menyifatkan cara pemilik syarikat produksi Metrowealth International Group (MIG), Datuk...

Azeez Beri Guan Eng...

TEGAS... Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng diberi tempoh empat hari untuk...

Tambak Johor Sesak Tengah Malam Hingga Awal Pagi Tadi

JOHOR BAHRU : Tambak Johor merekodkan kemasukan kenderaan persendirian luar biasa bermula tengah malam tadi sehingga kira-kira jam 4 pagi tadi.

Tinjauan menerusi kamera litar tertutup (CCTV) di kawasan Checkpoint Woodlands, tengah malam tadi mendapati laluan masuk ke Tambak Johor mengalami pertambahan kenderaan persendirian yang mendadak susulan pembukaan sempadan Malaysia-Singapura bermula jam 12.01 tengah malam tadi.

Barisan dan deretan kenderaan dilihat mula berbaris sejak jam 10.30 malam tadi hingga menyebabkan laluan memasuki ke Tambak Johor mengalami kesesakan yang kali pertama dicatatkan, sejak penutupan sempadan pada 18 Mac 2020 lalu.

Penyelia tapak pembinaan di Singapura, Fajrul Rizal Abu Bakar, 28, berkata rakyat Malaysia yang bekerja di republik itu merindui suasana kesesakan di Tambak Johor seperti dilalui sebelum pandemik COVID-19 melanda.

Katanya, sebelum pandemik COVID-19 melanda ramai pekerja Malaysia termasuk dirinya, sering merungut terpaksa menempuh kesesakan setiap hari ketika pergi kerja seawal pagi dan pulang semula ke Johor Bahru.

“Namun apabila kami terkandas di Singapura lebih dua tahun barulah saya dan rakyat Malaysia yang lain merindui detik itu.

“Apabila sempadan dibuka dengan ribuan kenderaan sesak bermula jam 10.30 malam tadi menuju ke Checkpoint Woodlands bagi merentas Tambak Johor, kami sebenarnya amat bersyukur.


“Kami lebih rela terperangkap dalam kesesakan lalu lintas teruk di Tambak Johor dari terpaksa berpisah dengan keluarga tercinta bertahun-tahun lamanya,” katanya ketika ditemui tengah malam tadi.

Dalam pada itu, Fajrul Rizal berkata, ramai rakyat Malaysia yang terkandas di Singapura yang berjalan kaki melintas Tambak Johor sudah mula beratur seawal jam 9.30 malam tadi.

“Kami hanya dilepaskan pihak berkuasa Singapura untuk melintas Tambak Johor bermula jam 10.50 malam sebelum tiba untuk pemeriksaan di CIQ Johor Bahru pada jam 11.30 malam tadi.

“Luar biasa sekali perasaannya apabila dapat beratur dan berjalan beramai-ramai selepas dua tahun kami terkandas di Singapura,” katanya.

-Berita Harian

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori