Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

‘Ulat Parkir’ Didenda RM700...

KUALA LUMPUR - Seorang ‘ulat parkir’ didenda RM700 atau penjara empat hari oleh...

12 Terbunuh Cubaan Rompak...

RIO DE JANEIRO - Dua belas orang, termasuk lima tebusan terbunuh di timur...

Kerajaan Senarai Hitam Kontraktor...

KUALA LUMPUR - Kerajaan akan menyenaraihitam serta-merta kontraktor dan pembekal yang dikenal pasti...

Import Eksport Merosot, Pakar...

SEORANG ahli ekonomi percaya angka perdagangan Malaysia yang menurun merupakan petunjuk kepada kemelesetan...

Tentang Rafizi

Ikuti Mynewshub: Facebook,TwitterTikTokTelegram, Instagram

1) Bersembunyi di gua yang paling dalam

Selepas keluar daripada persembunyian Raja Formula Rafizi Ramli mendakwa hanya 4 peratus rakyat mahu kembali kepada zaman pentadbiran Bossku.

Selamba Rafizi membuat tuduhan itu sedangkan majoriti rakyat sudah merasai apa mereka kehilangan sejak Datuk Seri Najib Tun Razak dijatuhkan.

Kemakmuran ekonomi, kestabilan, perpaduan, kemakmuran, kesejahteraan dan segala-gala yang baik semasa Malaysia dibawah pentadbiran kerajaan BN.

Sebab itu BN memang bergaya tujuh Pilihan Raya Kecil (PRK) dan dua Pilihan Raya Negeri (PRN) selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) berakhir.

Rafizi dengan wajah selenge tanpa sedikit pun rasa bersalah mendakwa konon rakyat sudah serik hidup dibawah pentadbiran Najib.

Raja Persepsi berani membuat tuduhan itu kerana dia licik mengelakkan diri daripada terpalit dengan kegagalan kerajaan PH.

Rafizi tahu tidak mudah untuk sesiapa mengaitkan kegagalan kerajaan PH mentadbir negara selama 22 bulan dengan dirinya.

Ia kerana dia berjaya menghilangkan diri dengan alasan sudah bersara di saat rakyat menuntut janji yang dia dan PH buat pada kempen PRU-14.

Rafizi ‘menyembunyikan diri dalam gua yang paling dalam’ dan meninggalkan rakan-rakan politiknya dalam PKR untuk menadah segenap amarah rakyat.

2) Raja Penghasut

Semua masih ingat Rafizi sebelum PRU-14 secara terbuka mengaku tugasnya adalah untuk menghasut, maka tidak hairan jika beliau sedang menghasut sekali kali.


Hasutan pertama beliau selepas keluar daripada gua yang paling dalam adalah menghasut rakyat tentang isu Sapura Enegry.

Tujuannya supaya rakyat membenci Najib Razak. Malangnya kurang berhasil kerana Najib hari ini bukan Najib 2018 yang mudah dibuli, tetapi Najib Bossku.

Barangkali juga untuk mengangkat semula namanya dibibir penyokong PKR memandangkan beliau berhasrat bertanding jawatan kedua tertinggi PKR.

Hasutan kedua beliau dengan mendakwa lebih ramai rakyat Malaysia mahu Datuk Seri Ismail Sabri jadi Perdana Menteri berbanding Najib.

Barangkali bertujuan menimbulkan porak peranda dalam kalangan pimpinan dan penyokong BN.

Kesimpulannya kehadiran Rafizi dalam dunia politik tidak sepatutnya dialu-alukan kerana cara berpolitik beliau yang amat kasar.

3) Raja Formula

Rafizi kembali dengan formula-formula baharu selepas formula-formula lamanya ternyata sekadar manis dibibir menutur kata.

Gaya bekas jaguh pemidato berhujah berlandaskan andaian dengan konotasi meyakinkan, namun sebilangan besarnya menyimpang daripada fakta.

Mungkin bagi beliau apa ada hal betul atau tidak asalkan rakyat dapat dihasut. “Memang tugas kita menghasut. Kita menghasut rakyat tiap-tiap hari”.

-Mynewshub

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori