Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Jam Pintar Dengan Jangka...

Bercakap mengenai jam tangan pintar hari ini, kebanyakkannya hanya mempunyai jangka masa bertahan...

Polis Tahan Guru Yang...

"ABANG silap orang." Itu yang dikatakan seorang lelaki apabila ditahan dua lelaki yang...

KAFA Ucap Takziah, Harun...

KUALA LUMPUR - Pasukan `The Red Warrios' (TRW) mengucapkan takziah kepada keluarga pelakon...

AF 2016, Ellie Suryati...

SEBAGAI tenaga pengajar Akademi Fantasia 2016, Ellie Suryati mengakui dia mencari pelajar dan...

Terengganu Cuti Peristiwa Pada 5 Mei

Kuala Terengganu : Khabar gembira buat rakyat Terengganu apabila kerajaan negeri mengumumkan 5 Mei depan sebagai cuti peristiwa sempena sambutan Aidilfitri.

Ikuti Mynewshub: Facebook,TwitterTikTokTelegram, Instagram

Pengumuman itu dibuat Menteri Besar Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar pada Majlis Sambutan Hari Wanita Terengganu di Dewan Besar Wisma Darul Iman di sini hari ini.

Ahmad Samsuri berkata, ia diputuskan pada Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri yang diadakan hari ini dan berharap ia dapat memberi kegembiraan kepada rakyat Terengganu terutama mereka yang menyambut perayaan itu.

“Pada hari ini, Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri melalui punca kuasanya yang ada bersetuju untuk mengisytiharkan cuti peristiwa pada 5 Mei bersamaan dengan Khamis depan sekiranya Aidilfitri jatuh pada Selasa (3 Mei).

“Ia bagi memudahkan (rakyat) kerana sekiranya Aidilfitri pertama (jatuh) pada 3 Mei (Selasa) dan Rabu adalah hari raya kedua juga cuti, (jadi) hari Khamis hanya sehari yang tersepit (perlu bekerja) di situ (sebab) Jumaat sudah cuti di Terengganu.


“Pengumuman ini bagi memberi kemudahan kepada mereka yang bekerja di sektor perkhidmatan kerajaan dan GLC (syarikat berkaitan kerajaan) di negeri Terengganu supaya mereka dapat berhari raya tanpa perlu datang bekerja pada Khamis,” katanya.

Dalam pada itu, Ahmad Samsuri menasihatkan semua pihak untuk sentiasa mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan bagi mengelak penularan Covid-19 ketika musim perayaan.

Katanya, masyarakat juga diingatkan untuk melakukan kawalan kendiri dan melakukan ujian saringan Covid-19 terutama bagi mereka yang bergejala sebagai langkah pencegahan walaupun ketika ini negara sudah berada Fasa Peralihan ke Endemik.

“Saya yakin sambutan Aidilfitri kita tahun ini akan jauh lebih meriah daripada dua tahun kebelakangan ini, jadi pematuhan SOP dan kawalan kendiri itu penting bagi menentukan tahap kesihatan mereka untuk mengekang penularan wabak ini,” katanya.

-Harian Metro

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori