Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

‘Harta Saya Dikikis, Duit...

AGAK terkejut kami mendengar kenyataan vokalis kumpulan Wings, Awie menerusi akhbar Berita Harian, hari...

Laporan RCI Forex ‘Cacat’,...

PETALING JAYA - Peguam Dr. Mahathir Mohamad berkata tiada keperluan untuk susulan ke...

TMJ Guna Morgan 3...

KUALA LUMPUR - Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim akan menggunakan kenderaan...

Tan Sri S.A. Vigneswaran...

KUALA LUMPUR - Tan Sri S. A. Vigneswaran dipilih sebagai Presiden MIC baharu...

Tidak Salah Kenakan Caj Potong Ayam – KPDNHEP

MELAKA : Caj potong ayam sebanyak 60 sen yang dikenakan peniaga kepada pelanggan tidak menyalahi peraturan selagi masih mengikuti harga siling ditetapkan.

Ikuti Mynewshub: Facebook,TwitterTikTokTelegram, Instagram

Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Melaka, Norena Jaafar berkata, caj itu adalah perkhidmatan pilihan yang disediakan oleh peniaga kepada pelanggan.

Katanya, justeru pertambahan caj tersebut tidak menyalahi peraturan kerana pelanggan masih boleh membeli pada harga siling iaitu RM8.90 sekilogram.

“Ini adalah servis tambahan dan tidak salah peniaga mengenakan caj kerana kalau ikutkan mereka sepatutnya hanya perlu menjual ayam seekor tanpa perlu dipotong.

“Kalau pembeli tidak mahu perkhidmatan itu, ayam dijual mengikut harga siling, jadi tidak timbul isu atau kesalahan mengenai caj 60 sen ini,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia.


Mengulas lanjut, Norena berkata, situasi itu menjadi perkara baharu buat pengguna hanya kerana perkhidmatan itu tidak pernah dikenakan caj sebelum ini.

“Saya percaya, caj dikenakan adalah respons peniaga disebabkan harga siling baharu ayam yang turun sebanyak tiga kali mencecah 60 sen sejak Deepavali tahun lalu.

“Sebelum ini perkhidmatan potong diberikan secara percuma kerana harga ayam masih tinggi, jadi apabila kita turunkan kepada RM8.90 sekilogram, mereka cuba mencari kembali keuntungan dengan mengenakan caj servis ini,” jelasnya.

-Utusan Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori