Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Program “I Want To...

Perbuatan segelintir pihak menganjurkan program "I want to touch a dog" di Selangor...

Kes Covid-19 Kembali Catat...

PUTRAJAYA - Kementerian Kesihatan (KKM) merekodkan 1,133 kes positif COVID-19 baharu setakat tengah...

Tahap Celik Kewangan Rakyat...

MAJORITI rakyat masih mempunyai tahap celik kewangan yang rendah dan menyebabkan mereka tidak...

Puluhan Pelajar Tempatan Jadi...

PANGKALAN BUN – Visual kelincahan mereka mengangkut mayat dari helikopter ke ambulans selain...

TLDM Mohon Perolehan LMS Kedua Disegerakan

LUMUT – Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) memohon kerajaan memberikan kelulusan segera perolehan batch kedua kapal misi pesisir (LMSB2) batch kedua demi memelihara kepentingan dan kedaulatan negara.

Ikuti Mynewshub: Facebook,TwitterTikTokTelegram, Instagram

Panglima Tentera Laut, Laksamana Tan Sri Mohd. Reza Mohd. Sany berkata, LMS itu mempunyai keupayaan tempur yang lebih baik berbanding kapal LMS kelas Keris yang digunakan TLDM buat masa ini.

Menurut Mohd. Reza, peningkatan keupayaan tempur ini amat diperlukan ekoran jurang kemampuan aset sedia ada TLDM semakin melebar dan berada pada tahap kritikal.

“Saya ingin jelaskan bahawa perolehan LMSB2 adalah selari dengan rancangan transformasi TLDM 15to5 yang telah direkalibrasi.


“TLDM amat berharap kerajaan dapat memberi pertimbangan yang positif bagi memastikan perolehan ini dapat dilaksanakan dalam masa terdekat,” katanya selepas menghadiri Istiadat Perbarisan Hari TLDM ke 88 di Pangkalan TLDM Lumut di sini hari ini.

Mohd. Reza berkata bagi memastikan peroleh ini dapat disegerakan TLDM telah mengadakan perbincangan serta mendapat sokongan penuh daripada Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

-Kosmo Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori