Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Dua Letupan Pengganas Gegar...

PARIS - Perancis menundukkan Jerman, 2-0, dalam perlawanan persahabatan di Stade de France,...

Projek Forest City Tidak...

Yang gagal itu adalah jiwa Mahathir

Shabery Lancar Single DJ...

PUTRAJAYA - Penyanyi veteran Datuk DJ Dave hari ini memperkenalkan single terbarunya "Di...

Pembantu Tadbir Ditahan SPRM,...

JOHOR BAHRU - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang pembantu tadbir yang...

TLDM Selamatkan 2 Penyelam Hilang

KUALA LUMPUR: Dua penyelam yang dilaporkan hilang ketika melakukan aktiviti menyelam berhampiran Pulau Jarak, Lumut, Perak ditemui selamat oleh Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), malam tadi.

Ikuti Mynewshub: Facebook,TwitterTikTokTelegram, Instagram

Kedua-dua mangsa lelaki tempatan berusia 34 dan 36 tahun dikesan anggota TLDM yang sedang melakukan rondaan di Stesen Jarak TLDM, Pulau Jarak pada jam 7.15 malam.

Mereka ditemui sedang berpaut pada sebuah pelampung merah berhampiran stesen berkenaan.

TLDM dalam kenyataan, hari ini berkata tindakan pantas anggotanya itu berjaya menyelamatkan kedua-dua mangsa yang dalam keletihan dan mengalami dehidrasi.

Katanya, hasil pemeriksaan dijalankan, kedua-dua lelaki itu dilaporkan dalam keadaan stabil serta tidak mengalami sebarang kecederaan.

“Pada awal pagi tadi, dua bot jenis Fast Combat Boat (FCB) dari Markas Pemerintahan Armada Barat diatur gerak ke Stesen Jarak TLDM.

“Kedua-dua mangsa kemudian dibawa pulang ke Tambatan Pangkalan TLDM Lumut sebelum diserahkan kepada Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) pagi tadi untuk membuat laporan kejadian,” katanya.


Selain itu, katanya kapal KD LEKIU yang sedang dalam penugasan Op Benteng Laut dan berada paling hampir dengan lokasi kejadian diarahkan memberikan bantuan awal bagi proses pemindahan kedua-dua mangsa.

“Orang awam dinasihati untuk memaklumkan sebarang pelaksanaan aktiviti maritim yang berisiko seperti ini kepada pihak berkuasa seperti APMM, Polis Diraja Malaysia (PDRM) atau TLDM sebelum melakukan sebarang aktiviti di laut.

“Selain berperanan sebagai maklumat kepada pihak berkuasa maritim yang berdekatan, ia juga bagi menentukan bantuan dapat disalur dan diatur gerak dengan lebih pantas sekiranya berlaku kecemasan,” katanya.

Terdahulu, media melaporkan dua penyelam berasal dari Kampung Aceh, Lumut dilaporkan hilang ketika melakukan aktiviti selam skuba bersama tiga rakan di perairan Pulau Jarak, malam tadi.

Pengarah APMM Perak, Kepten Maritim Shahrizan Raman, dipetik berkata pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian itu pada 7.04 malam.

Katanya, maklumat kemudian turut disalurkan kepada Markas Pemerintahan Armada Barat Lumut, Pasukan Polis Marin Kampung Acheh, dan Maritim Component Operation Comander (MCOC) untuk bantuan dalam usaha menyelamatkan mangsa.

BHonline-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori