Sunday, January 26, 2025

Creating liberating content

Penyatuan Ummah Terus Menerus...

KUALA LUMPUR - Biarpun Barisan Nasional, Muafakat Nasional serta parti-parti lain yang bersahabat...

15 Februari Sebutan Kes...

KUALA LUMPUR – Mahkamah Tinggi di sini menetapkan 15 Februari ini bagi pengurusan...

Separuh Daripada Anak Muda...

SATU kajian atau tinjaun terbaru mengenai seksualiti seseorang telah dijalankan di Britain.Kajian tersebut...

Anggota Bomba Selamatkan Anak...

SEKUMPULAN anak itik berjaya diselamatkan oleh anggota bomba setelah terjatuh dalam longkang dalam...

TMJ Persoal Pemimpin Kerajaan, Pembangkang Senyap Isu Bella

JOHOR BAHRU – Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim mempersoalkan tindakan pemimpin politik daripada pihak kerajaan atau pembangkang yang tidak bersuara berhubung isu penderaan terhadap Bella.

Ikuti Mynewshub: Facebook,Twitter, TikTok, Telegram, Instagram

Tunku Ismail berkata, perbuatan mendiamkan diri itu menimbulkan tanda tanya sama ada di antara mereka mempunyai kaitan dengan pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Ahd Razali, 31.

“Berkenaan kes Bella. Mana pergi semua ahli politik yang ‘so called pro human rights’ ni semua? Senyap je.

“Ada apa-apa kaitan dengan Rumah Bonda ke?” katanya dalam Instagram miliknya.

Tunku Ismail turut mengutarakan persoalan sama ada rumah penjagaan itu terlibat dalam apa-apa aktiviti yang melanggar undang-undang negara apabila dilihat terlalu kebal.

“Adakah beberapa rumah ini semua digunakan pihak-pihak tertentu untuk pengubahan wang haram dan pemerdagangan manusia? Dua-dua belah senyap,” soalnya lagi.

Tunku Mahkota Johor turut menamatkan posting berkenaan dengan tanda #justiceforbella.


Pada 19 April lalu, Tunku Ismail telah mengadakan pertemuan dengan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Harun bagi membincangkan soal pembelaan kanak-kanak orang kurang upaya (OKU) Sindrom Down itu yang sedang dibicarakan di mahkamah ketika ini.

Tunku Mahkota Johor itu menyeru kerajaan agar menambah baik undang-undang semasa melibatkan Akta Kanak-Kanak 2001 bagi mengelak kejadian menimpa Bella berulang.

Tunku Ismail turut melantik empat peguam pemerhati untuk mengikuti prosiding mahkamah melibatkan kes berkenaan.

Kisah Bella, 13, mendapat perhatian seluruh rakyat Malaysia apabila dia didakwa didera dan diabaikan pengasas rumah berkenaan, Siti Bainun.

Mahkamah sebelum ini mengenakan dua pertuduhan terhadap Siti Bainun iaitu mengabaikan dan menganiaya Bella sehingga menyebabkan mangsa mengalami kecederaan fizikal serta emosi.

-Sinar Harian

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori