Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Peluang BN Rampas Kelantan...

KUALA LUMPUR – Barisan Nasional (BN) mempunyai peluang lebih cerah untuk merampas Kelantan...

Penutupan Hari Ini Libatkan...

KUALA LUMPUR - Sekolah di tiga buah negeri dan dua kawasan Wilayah Persekutuan...

Penyamun Botak Dibelasah Warga...

Kuala Lumpur - Seorang penjenayah botak seolah-olah sengaja menempah bala apabila dibelasah separuh...

Mangsa Banjir Di Segamat...

JOHOR BAHRU - Jumlah penduduk terjejas akibat banjir di Segamat kekal 35 orang...

Tujuh Banduan Tahanan Reman Mahkamah Penjara Jelebu Larikan Diri

JELEBU: Seramai tujuh orang banduan tahanan reman mahkamah di Penjara Jelebu melarikan diri pada pukul 3 petang tadi.

Ikuti Mynewshub: Facebook,TwitterTikTokTelegram, Instagram

Kesemua mereka dikenali sebagai Mohamad Aminuddin Khan Mohd. Yusof, Shazuan Md. Sharif, Zainuddin, Mohd. Zairizan Zainal, Muhammad Syafiq Rohmat.

Bagaimanapun seorang banduan, Sohaimi Khalid, berjaya ditangkap semula di kawasan kebun sawit, Kongkoi dalam jarak dua kilometer dari Penjara Jelebu pada pukul 7 petang tadi.

Ketua Polis Daerah Jelebu, Deputi Superintenden Maslan Udin berkata, susulan itu, pihak polis melancarkan operasi mengesan dan menangkap banduan berkenaan.

“Polis Daerah Jelebu menerima makluman berkaitan tujuh banduan melarikan diri di Penjara Jelebu namun seorang banduan telah ditemukan petang tadi. Kesemua banduan adalah tahanan reman mahkamah di Penjara Jelebu.


“Susulan daripada kejadian ini, pihak polis Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Jelebu melancarkan operasi mengesan dan menangkap banduan tersebut dengan bantuan Unit Anjing Pengesan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Negeri Sembilan dan Penjara Jelebu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, pihak polis turut mengalu-alukan sebarang maklumat orang awam bagi membantu pihak polis.

“Maklumat tersebut boleh disalurkan kepada mana-mana balai polis yang berhampiran atau menghubungi IPD Jelebu di mana -mana talian dibawah. Orang ramai yang mendapat maklumat boleh menghubungi, IPD Jelebu di talian 06-6136222 atau Bilik Gerakan Jelebu di talian 06-6137999,” katanya.

Jelas beliau, disiasat mengikut Seksyen 223 Kanun Keseksaan dan Seksyen 224 Kanun Keseksaan.

UtusanOnline-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori