Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Gambar: Penjawat Awam Wanita...

BEBERAPA keping gambar menunjukkan seorang wanita berlumuran darah, viral di media sosial sejak...

Najib Hadir Resepsi Kahwin...

SERDANG - Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Mohd Khalil Yaakob hari ini menghadiri...

Ubat Termahal Di Dunia

WASHINGTON - Pihak berkuasa Amerika Syarikat (AS) semalam meluluskan penggunaan ubat terapi gen...

Persembahan Udara TUDM Buka...

LANGKAWI - Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi 2015 (LIMA'15) bermula hari ini...

UiTM Rehatkan Pensyarah Hina Pelajar B40

SHAH ALAM – Seorang pensyarah yang sebelum ini dikatakan menghina seorang pelajar B40, telah direhatkan daripada tugasan pengajaran mulai hari ini.

Ikuti Mynewshub: Facebook,TwitterTikTokTelegram, Instagram

Jabatan Komunikasi Universiti Teknologi Mara (UiTM) berkata, tempoh rehat kepada Prof. Dr. Roshana Takim adalah sehingga siasatan lengkap dilaksanakan universiti terbabit.

“Mesyuarat Lembaga Pengarah Universiti yang diadakan semalam mengambil keputusan merehatkan Roshana dari tugasan mulai hari ini hingga siasatan lengkap.

“Keputusan ini dibuat adalah bagi memastikan siasatan dapat dilaksanakan secara berkesan dan teratur,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Jabatan itu turut memaklumkan pihak universiti memandang serius terhadap mana-mana pihak yang menyebarkan maklumat sulit secara sengaja ataupun tidak yang boleh menjejaskan imej dan nama baik universiti serta menggugat keselamatan warga.


Tambahnya, UiTM tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas dan melaporkan kepada pihak berkuasa jika terdapat pihak yang berkongsi hantaran yang mengelirukan.

“UiTM sentiasa cakna dan prihatin kepada kesejahteraan warga akademik dan juga pelajarnya.

“Dalam konteks ini, UiTM akan memperkasa peranan pensyarah dan menambah baik polisi serta etika pengajaran di semua peringkat pengajian,” katanya.

Jelasnya, penilaian dan pemantauan terhadap Profesionalisme Pensyarah (PRO-PENS) yang dibuat secara rawak setiap semester juga boleh menjadi elemen tambahan dalam proses kenaikan pangkat serta pelanjutan kontrak perkhidmatan.

Kosmo-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori