Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

21 Pesawat China Ceroboh...

TAIPEI: Taiwan mendakwa sebanyak 21 pesawat tentera udara China menceroboh ruang udara negara...

Konvensyen Warga Felda Didalangi...

KUALA LUMPUR - Bendahari Konvensyen Warga Felda, Tuan Syed Ibrahim Syed Noh tidak...

Pengulangan Jenayah Banduan Di...

MELAKA – Kadar pengulangan perlakuan jenayah di kalangan banduan yang telah dibebaskan di...

Salah Guna Wang Zakat:...

GEORGE TOWN - Seorang pegawai kanan Zakat Pulau Pinang (ZPP) dan tiga lagi...

Ukraine Mahu Sekatan Hingga Lumpuhkan Ekonomi Russia

LVIV : Presiden Ukraine, Volodymyr Zelenskiy menggesa Russia dikenakan sekatan sehingga mampu melumpuhkan ekonomi negara komunis itu dan sekali gus menamatkan perang antara kedua negara itu.

Ikuti Mynewshub: Facebook,TwitterTikTokTelegram, Instagram

Ini berikutan, Ukraine mendakwa masih terdapat beberapa negara yang lebih mementingkan wang berbanding memberi hukuman terhadap pembunuhan orang awam yang dianggap sebagai jenayah perang.

Beliau berkata, negara demokratik perlu menolak minyak dari Russia dan membuat sekatan penuh terhadap bank negara itu daripada sistem kewangan antarabangsa.

Zelenskiy berkata, tentera Kremlin cuba menutup bukti kekejaman yang dilakukan.

“Kita mempunyai maklumat bahawa tentera Russia menukar taktik mereka dan cuba mengeluarkan mayat yang dibunuh di jalanan dan ruang bawah tanah. Ini tidak lain adalah cubaan untuk menyembunyikan bukti,” katanya tanpa mengemukakan sebarang bukti.

Moscow bagaimanapun menyangkal dakwaan mensasarkan orang awam dan berkata imej di Bucha bertujuan meyakinkan sekatan terhadap Moscow dan menggagalkan rundingan damai.

Washington turut mengumumkan sekatan terhadap bank Russia, Sberbank dan kedua-dua anak perempuan Presiden Rusia, Vladimir Putin selain melarang rakyat Amerika Syarikat (AS) untuk melabur di negara itu.

AS juga mahu Russia dipecat daripada Negara 20 (G20) ekonomi utama dunia dan memulaukan beberapa mesyuarat di Indonesia sekiranya pegawai Russia hadir.


“Matlamat saya adalah mengenakan sekatan terhadap bekalan teknologi, peralatan, mineral dan bijih dan galian dwiguna ke Russia, sekali gus menghentikan penghasilan senjata di negara itu.

“Satu-satunya perkara yang kita kurang adalah pendekatan berprinsip daripada sesetengah pemimpin…yang masih berfikir bahawa peperangan dan jenayah perang tidaklah seteruk kerugian ekonomi,” kata Zelenskiy.

Diplomat Kesatuan Eropah (EU) pula gagal meluluskan sekatan baharu kelmarin, selepas timbul beberapa isu teknikal yang perlu ditangani, termasuk sama ada pengharaman arang batu akan menjejaskan kontrak sedia ada.

Sementara itu, penggubal dasar di negara Barat mengecam pembunuhan di Bucha sebagai jenayah perang, manakala pegawai Ukraine menyatakan bahawa kubur besar di sebuah gereja mengandungi antara 150 dan 300 mayat.

Russia bagaimanapun berkata mereka hanya terbabit dalam ‘operasi ketenteraan khas’ yang direka untuk memusnahkan tentera Ukraine.

Ukraine dan kerajaan Barat menolak kenyataan itu dan mengatakan ia hanyalah alasan palsu ke atas pencerobohan yang dilakukan Russia.

Sementara itu, pihak berkuasa Ukraine berkata mereka tidak dapat membantu orang awam keluar dari Izyum atau menghantar bantuan kemanusiaan kerana ia berada di bawah kawalan Russia.

-Berita Harian

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori