Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

UMNO Sentiasa Amalkan Konsep...

KEPALA BATAS - UMNO sentiasa mengamalkan konsep perkongsian kuasa tanpa pernah membolotnya hanya...

Penyokong Pakatan Biadap Label...

KUALA LUMPUR - Penyokong Pakatan Harapan enggan menerima hakikat bahawa majoriti rakyat Sarawak...

Kit Siang Tak Percaya...

KUALA LUMPUR – Penasihat DAP, Lim Kit Siang menegaskan beliau tidak percaya Polis...

4 Pegawai YPM Bebas...

PUTRAJAYA - Empat pegawai kanan Yayasan Pelajaran MARA (YPM) terlepas daripada menjalani hukuman...

Ukraine Minta Lebih Banyak Bekalan Senjata Berat

KYIV: Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), Antony Blinken dan Setiausaha Pertahanan AS, Lloyd Austin, akan melawat Kyiv hari ini bagi membincangkan gesaan Ukraine untuk mendapatkan lebih banyak senjata berat.

Ikuti Mynewshub: Facebook,TwitterTikTokTelegram, Instagram

Lawatan yang diumumkan Presiden, Volodymyr Zelenskiy itu adalah perjumpaan peringkat tertinggi oleh pegawai AS sejak Russia menceroboh Ukraine pada 24 Februari lalu.

Rumah Putih bagaimanapun belum mengesahkan sebarang lawatan oleh Blinken dan Austin manakala Pejabat Jabatan Negara AS dan Pentagon enggan mengulas.

Lawatan itu diumumkan ketika penganut Kristian Orthodox di Ukraine meraikan sambutan Easter hari ini.

Namun, peperangan yang seakan tiada penghujung setakat ini sudah mengorbankan ribuan mangsa dan menyebabkan ramai kehilangan tempat tinggal serta memusnahkan seluruh bandar.

Zelenskiy, dalam satu mesej video Easter dari gereja Saint Sophia yang berusia 1,000 tahun, berkata mereka tidak akan dihancurkan oleh kekejaman Russia.


“Semoga tuhan memberi ketabahan kepada mereka, yang malangnya mungkin tidak akan dapat melihat kepulangan anak dari medan perang,” katanya

Ukraine menganggarkan puluhan ribu orang awam terbunuh di Mariupol dan berkata 100,000 penduduk masih berada di bandar itu.

Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu (PBB) dan Bulan Sabit Merah berkata angka korban orang awam sekurang-kurangnya mungkin mencecah beribu-ribu orang.

Penasihat politik Zelenskiy, Oleksiy Arestovych, berkata pasukan tentera di kilang besi Mariupol sedang bertahan dan cuba melakukan serangan balas.

Lebih 1,000 orang awam masih terperangkap di loji berkenaan dan Datuk Bandar Mariupol berkata usaha baharu untuk mengeluarkan orang awam semalam gagal.

BHonline-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori