Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

2 Mangsa Kebakaran Pusat...

KUALA LUMPUR - Dua orang mangsa kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah di...

JKM Sasar Bina 30...

KUALA LUMPUR - Jabatan Kebajikan Masyarakat menyasarkan untuk membuka 30 Pusat Aktiviti Warga...

Kubur Besar Di Wang...

Hampir seminggu selepas kes penemuan kubur besar di sempadan Malaysia-Thailand didedahkan,  Polis Diraja...

Pakatan Rakyat Tak Ikhlas...

KUALA LUMPUR - Kerajaan Pakatan Rakyat (PR) di Selangor dan Pulau Pinang sepatutnya...

Ukraine Selar EU Masih Import Bahan Api Dari Rusia

KYIV – Presiden Volodymyr Zelesnkyy menyelar negara-negara Eropah yang beliau dakwa sebagai ‘mengaut keuntungan daripada penderitaan rakyat Ukraine’ kerana enggan berhenti membeli minyak mentah Rusia, lapor akhbar Daily Mail, kelmarin.

Ikuti Mynewshub: Facebook,TwitterTikTokTelegram, Instagram

Zelenskyy menumpukan tuduhannya kepada dua negara Eropah iaitu Jerman dan Hungary kerana enggan menyertai kempen untuk memboikot pembeli bahan api dari Rusia.

“Saya tidak faham bagaimana anda boleh terus mengaut untung hasil daripada titisan darah rakyat di Ukraine.

“Kita perlu berbincang bagaimana untuk mengatasi isu ini dengan mencari jalan penyelesain kepada negara yang masih bergantung kepada Rusia untuk bekalan minyak dan gas asli,” kata Zelenskyy.

Angka terbaharu pada minggu lalu menunjukkan bahawa Kesatuan Eropah (EU) membayar sebanyak AS$37 bilion (RM156 bilion) kepada Rusia untuk pembelian gas sejak pencerobohan Moscow ke atas Ukraine.

EU telah mengharamkan import arang batu Rusia tetapi menolak seruan untuk memboikot pembelian gas asli dan minyak dari Rusia sepenuhnya.


Blok itu menerima kira-kira 40 peratus bekalan gasnya dari Rusia.

Minyak Rusia yang menyumbang satu perempat daripada sektor import Jerman, turun daripada 35 peratus sebelum pencerobohan, manakala import gas telah susut kepada 40 peratus berbanding 55 peratus sebelum ini.

Britain yang mendapat kira-kira lapan peratus minyaknya dari Rusia berkata, ia akan menamatkan kebergantungan kepada bahan api Moscow secara berperingkat menjelang akhir tahun ini.

Sementara itu, dalam usaha untuk terus menunjukkan sokongan kepada Ukraine, Amerika Syarikat (AS) sedang mempertimbangkan untuk menghantar pegawai peringkat atasan ke Kiev.

Perbincangan mengenainya dilaporkan masih berlangsung di Washington. AS dijangka mengatur lawatan peringkat tinggi sebagai tanda sokongan kepada Ukraine tetapi menurut beberapa pegawai, kunjungan itu tidak akan melibatkan Presiden Joe Biden.

Kosmo-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori