Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Gambar Didie Alias Manis...

JIKA dilihat, walaupun sibuk dengan tugasannya sebagai seorang pelakon dan pengacara, Didie Alias...

Kerajaan Pusat Bina 1,000...

SHAH ALAM - Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan menyasarkan untuk membina...

Amber Chia Berazam Mahu...

PENAMPILAN pelakon dan supermodel terkenal, Amber Chia yang tampil berhijab di Festival Hijab Antarabangsa...

Timbalan Pengarah DBKL Didakwa...

KUALA LUMPUR - Bekas Timbalan Pengarah Kanan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dihadapkan...

Umat Islam Puasa Mulai Ahad Ini

KUALA LUMPUR: Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad mengumumkan umat Islam di Malaysia akan mula berpuasa Ahad ini.

Ikuti Mynewshub: Facebook,TwitterTikTokTelegram, Instagram

Syed Danial berkata, tarikh permulaan puasa bagi negeri di seluruh Malaysia ditetapkan menurut perintah Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah setelah diperkenan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja.

Pengumuman itu disiarkan menerusi Radio Televisyen Malaysia (RTM) malam ini.

Sebelum ini, Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja melalui satu kenyataan menetapkan tarikh melihat anak bulan Ramadan bagi menentukan permulaan puasa untuk umat Islam di Malaysia ialah pada hari ini bersamaan 29 Syaaban 1443 Hijrah.


Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja dalam kenyataan itu turut menyatakan proses melihat anak bulan Ramadan berlangsung di 29 lokasi seluruh negara.

Menurut kenyataan itu juga, Majlis Raja-Raja mempersetujui cara menetapkan tarikh permulaan puasa adalah berdasarkan Rukyah serta Hisab.

Ramadan tahun ini disambut umat Islam dalam keadaan negara mengisytiharkan fasa peralihan ke endemik berkuat kuasa hari ini selepas lebih dua tahun melalui pandemik COVID-19.

BHonline-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori