Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Sepp Blatter Umum Letak...

PRESIDEN Persatuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA), Sepp Blatter membuat pengumuman mengejutkan apabila mengambil...

Ada Pihak Kacau Minggu...

Minggu Solidariti Palestin di sekolah, kolej vokasional, kolej matrikulasi dan institut pendidikan guru...

PKR Turut Tidak Puas...

KUALA LUMPUR - Isu lima wakil rakyat Parti Keadilan Rakyat (PKR) di Pulau...

Lebih 200 Anjing Berkeliaran...

TAIPING – Penduduk Kuala Sepetang di sini mendakwa terdapat lebih 200 ekor anjing...

Wabak Demam Campak Melonjak 80 Peratus

GENEVA – Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) memberi amaran bahawa penyakit demam campak meningkat 80 peratus di seluruh dunia tahun ini akibat gangguan disebabkan pandemik Covid-19, lapor laman berita Wionews.

Ikuti Mynewshub: Facebook,TwitterTikTokTelegram, Instagram

Menurutnya, peningkatan jangkitan demam campak memberi petanda banyak penyakit lain yang mengancam kanak-kanak akan menyusul dalam masa terdekat.

Penularan Covid-19 telah mengganggu kempen vaksinasi penyakit bukan Covid-19 di seluruh dunia. Gangguan itu dibimbangi mencetuskan ‘ribut virus’ yang berisiko membahayakan nyawa berjuta-juta kanak-kanak.

Demam campak adalah penyakit bawaan virus yang membahayakan sistem kesihatan kanak-kanak. Antara simptom paling ketara termasuk cacat penglihatan, pembesaran saiz otak, cirit-birit dan jangkitan pernafasan akut.

Menurut data baharu Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), lebih 17,300 kes demam campak dilaporkan di seluruh dunia pada Januari dan Februari lalu, berbanding sekitar 9,600 kes sepanjang tempoh sama tahun lepas.


Menurut data berkenaan, terdapat 21 wabak demam campak berskala besar dan membimbangkan dalam tempoh 12 bulan menjelang April tahun ini dengan majoriti berlaku di Benua Afrika dan rantau Mediterranean.

UNICEF turut meramalkan bahawa demam kuning akan menjadi salah satu penyakit seterusnya selepas penularan demam campak.

Menurut PBB, negara Somalia mempunyai jumlah jangkitan demam campak tertinggi tahun lalu dengan lebih 9,000 kes, diikuti Yemen, Afghanistan, Nigeria dan Etiopia.

Terdapat juga kebimbangan bahawa konflik di Ukraine akan mencetuskan semula wabak demam campak di negara berkenaan. Ukraine mempunyai kadar campak tertinggi di Eropah antara tahun 2017 hingga 2019.

Kosmo-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori