Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Tidak Perlu Tutup Pintu...

KUALA LUMPUR : Tiada keperluan bagi negara menutup pintu sempadan antarabangsa termasuk menguatkuasakan...

Hina Bugis: Dewan Diraja...

ANGKARA mulut, badan binasa… Peribahasa itu memang tepat diberikan kepada Tun Dr. Mahathir...

Skandal Projek Terowong: Datuk...

PUTRAJAYA – Seorang pengerusi syarikat perunding kejuruteraan bergelar Datuk Seri direman lima hari...

Sediakan 50,000 Rumah Mampu...

KUALA LUMPUR - Membangunkan semula flat lama milik Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL)...

Wanita Mengaku Tak Bersalah Palsu Dokumen Untuk Tender RM21 Juta

Seorang wanita mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Khas Rasuah Kota Kinabalu semalam atas 50 pertuduhan memalsukan dokumen bagi mendapatkan tender perkhidmatan bekalan makanan bermasak di asrama sekolah bernilai RM21 juta sekitar 2014 hingga 2018 lepas.

Ikuti Mynewshub: Facebook,TwitterTikTokTelegram, Instagram

Rita Pengeran, 31, memohon dibicarakan selepas pertuduhan dibacakan di hadapan hakim Abu Bakar Manat.

Tertuduh didakwa dengan curang menggunakan dokumen palsu sebagai tulen iaitu penyata bank dikemukakan kepada Jabatan Pendidikan Negeri Sabah (JPNS) untuk mendapatkan perkhidmatan bekalan makanan bermasak sekolah di bawah Kementerian Pendidikan di beberapa daerah di negeri itu.

Tertuduh yang bekerja sendiri itu didakwa melakukan kesalahan tersebut di pejabat JPNS di Kota Kinabalu, antara Ogos 2014 hingga November 2018.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan di bawah Seksyen 471 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum mengikut Seksyen 468 kanun sama, dan jika sabit kesalahan boleh dipenjara sehingga tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya.

Tertuduh dilepaskan dengan ikat jamin RM15,000 dengan seorang penjamin, selain turut diperintah melaporkan diri di pejabat SPRM Keningau; menyerahkan pasport antarabangsa kepada mahkamah; dan tidak dibenarkan mengganggu saksi pendakwaan sepanjang kes berjalan.

Mahkamah turut menetapkan 20 Jun tarikh sebutan semula kes.


Pendakwaan dijalankan Pegawai Pendakwa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Nurul Izzati Sapifee manakala tertuduh diwakili peguam Datu Baginda Datu Laja.

Sementara itu, seramai 10 individu lain mengaku salah di mahkamah sama atas kesalahan memalsukan dokumen iaitu penyata bank bagi tujuan mendapatkan tender perkhidmatan bekalan makanan bermasak di asrama sekolah.

Mereka ialah Melinah Minus, 31; Yulles @ Osman Yakin, 40; Yunani Haikal, 38; Saliuddin Ariffin, 38; Juanis Yakin, 38; Marudin Andawai, 32; dan Kathlenawati Siambing, 49, dengan masing-masing berdepan tiga pertuduhan di bawah Seksyen 471 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum mengikut Seksyen 468 kanun sama.

Ruslan Rasul, 36, dan Noryana Luciana Abdullah, 43, yang masing-masing berdepan dua tuduhan mengikut Seksyen 109 Kanun Keseksaan kerana bersubahat dan Eunus Likuran, 52, tiga pertuduhan di bawah seksyen sama yang dibacakan sekali dengan Seksyen 471 kanun sama dan boleh dihukum mengikut Seksyen 468 kanun sama.

Mahkamah memerintahkan tertuduh membayar RM5,000 bagi setiap pertuduhan dan kesemua individu terbabit telah membayar denda tersebut.

-Malaysia Kini

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori