Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Peserta Didedahkan Kepelbagaian Budaya...

KEUNIKAN serta kepelbagaian budaya di kalangan penduduk Malaysia sememangnya tidak dapat dinafikan lagi...

Vlogger Alami Keracunan Selepas...

SEORANG vlogger secara tidak sengaja telah mengalami keracunan selepas tersalah makan tumbuh-tumbuhan yang...

Lebih 70 Negara Sertai...

KUALA LUMPUR - Lebih 70 negara dijangka menyertai Majlis Tilawah dan Menghafaz Al-Quran...

UMNO Saman 2 Bekas...

TEGAS... Setelah sekian lama berdiam diri bertolak ansur, UMNO mengesahkan writ saman sudah...

Zahid Dapat Pasport Untuk Menunaikan Umrah

KUALA LUMPUR: Bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berjaya mendapatkan sementara pasport antarabangsanya bagi membolehkannya menunaikan umrah pada 21 April ini.

Ikuti Mynewshub: Facebook,Twitter, TikTok, Telegram, Instagram

Hakim Mahkamah Tinggi di sini, Datuk Collin Lawrence Sequerah membenarkan permohonan tersebut selepas pihak pendakwaan yang dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Raja Rozela Raja Toran memberitahu pihaknya mengemukakan sebarang bantahan.

Bagaimanapun, Raja Rozela memberitahu disebabkan tarikh Ahmad Zahid menunaikan umrah telah bertindih dengan tarikh perbicaraan kes rasuah peringkat bela diri, maka hari perbicaraan yang dilapangkan perlu digantikan dengan tarikh baharu.

Mahkamah kemudian menetapkan 13 April ini untuk perbicaraan hari pertama peringkat bela diri yang mana Ahmad Zahid dijangka memberi keterangan secara bersumpah.

Menurut peguam bela, Hisyam Teh Poh Teik, anak guamnya itu akan menunaikan umrah pada 21 hingga 30 April ini. Pasport antarabangsa itu akan dipulangkan kepada mahkamah pada 5 Mei ini.

Pada 24 Januari lalu, Mahkamah Tinggi di sini memerintahkan Ahmad Zahid untuk membela diri atas 47 pertuduhan rasuah, pecah amanah dan pengubahan wang haram dana berjuta-juta ringgit milik Yayasan Akalbudi.

Sementara itu, merujuk kepada permohonan Ahmad Zahid untuk mendapatkan 18 rakaman percakapan daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam perbicaraan kes membabitkan dana Yayasan Akalbudi, Mahkamah menetapkan 9 Mei ini untuk keputusan permohonan itu.

Terdahulu, ketika berhujah, Hisyam menyatakan rakaman percakapan itu diperlukan bagi memastikan anak guamnya mendapat perbicaraan yang adil.

“Sebagai contoh, pembelaan mahukan rakaman percakapan Datuk Seri Mohamad Nasaee Ahmad Tarmizi (abang Ahmad Zahid) dan ia penting terhadap pertuduhan ke-11 yang dihadapi anak guam kami. Tanpa kenyataan itu, kami berada dalam kedudukan tidak pasti sama asa untuk memanggil saksi itu atau tidak,”katanya.


Raja Rozela ketika berhujah menyatakan, pihak pendakwaan tidak mempunyai kewajiban untuk memberikan dokumen berkenaan kepada pihak pembelaan dan dokumen itu sendiri tidak boleh diakses oleh saksi.

“Sebaik sahaja pegawai penyiasat melengkapkan siasatan ini, kenyataan itu serta keseluruhan kertas siasatan (IP) akan diberikan atau perlu dirujuk kepada pendakwa raya.

“Oleh itu, kami menyatakan bahawa dokumen ini dokumen terlindung dan ia mesti kekal begitu. Hak pemohon untuk mendapatkan perbicaraan yang adil tidak pernah dinafikan dan tidak boleh dikatakan dinafikan pada bila-bila masa,” katanya.

Ahmad Zahid didakwa dengan 12 pertuduhan pecah amanah, iaitu menggunakan dana Yayasan Akalbudi untuk membuat enam pembayaran kad kredit milik persendirian, polisi insurans kenderaan dan lesen motor persendirian, kiriman wang kepada sebuah firma guaman dan sumbangan kepada persatuan bola sepak Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Bagi lapan tuduhan rasuah pula, beliau didakwa menerima suapan daripada tiga syarikat iaitu Mastoro Kenny IT Consultant & Services, Data Sonic Group Berhad dan Profound Radiance Sdn Bhd sebagai dorongan untuk dirinya sebagai Menteri Dalam Negeri ketika itu bagi membantu syarikat berkenaan mendapatkan projek MyEG.

Ia bagi melaksanakan penambahan pembekalan cip pasport selama lima tahun atau 12.5 juta cip yang akan dimasukkan ke dalam halaman biodata polycarbonate Pasport Malaysia untuk Jabatan Imigresen Malaysia, sebagai pengendali perkhidmatan pusat sehenti di Pakistan dan Nepal di bawah kendalian Kementerian Dalam Negeri.

Ahli Parlimen Bagan Datuk itu juga berdepan 27 pertuduhan pengubahan wang haram dengan membabitkan diri dalam transaksi secara langsung membabitkan pendapatan daripada aktiviti haram antara 29 Mac 2016 dan 11 April 2018.

UtusanOnline-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori