Thursday, November 14, 2024

Creating liberating content

Terkini : 65 Maut...

TOKYO - Gelombang haba luar biasa di Jepun mengorbankan sekurang-kurangnya 65 orang sejak...

Jambatan Btg. Sadong Siap,...

KUALA LUMPUR - Jambatan Batang Sadong sepanjang 1.48km telah siap dibina dan memberi...

168 Pulih, 1 Kematian,...

KEMENTERIAN Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan terdapat 168 kes yang pulih dan dibenarkan discaj...

AKPK Selesai 14,973 Kes...

KUALA LUMPUR - Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) menyelesaikan 14,973 kes melibatkan...

1 Maut, 8 Cedera Nahas 3 Kereta

MERSING : Cubaan seorang pemandu warga emas untuk memotong kenderaan lain berakhir tragedi apabila mangsa maut, manakala lapan lagi cedera dalam kemalangan membabitkan tiga kereta di Kilometer 8 Jalan Nitar, di sini, malam tadi.

Ikuti Mynewshub: Facebook,TwitterTikTokTelegram, Instagram

Ketua Polis Daerah Mersing, Superintendan Cyril Edward Nuing, berkata Yusof Deris, 66, yang memandu kereta jenis Honda City, disahkan meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah di bahagian badan dan kepala.

Beliau berkata, hasil siasatan mendapati kejadian berlaku ketika kereta Honda City itu dalam perjalanan dari FELDA Nitar 2 menuju ke Mersing.

“Setiba di tempat kejadian, pemandu kereta itu cuba untuk memotong tetapi gagal lalu bertembung dengan sebuah kereta jenis Proton Persona.

“Pada masa sama, sebuah lagi kereta Proton Persona yang sedang berada di laluan Honda City turut berlanggar susulan pertembungan itu.

“Akibatnya, pemandu kereta Honda City itu disahkan meninggal dunia di tempat kemalangan oleh paramedik Hospital Mersing, manakala pemandu kedua-dua Proton Persona berkenaan pula dibawa ke Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru, untuk rawatan,” katanya ketika dihubungi.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.


Sementara itu, Komander Operasi daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Mersing, Pegawai Bomba Kanan II Yusof Mat Yar, berkata mangsa maut didapati tersepit di tempat duduk pemandu Honda City, manakala seorang wanita di tempat duduk penumpang pula cedera.

“Dua mangsa lain yang juga cedera membabitkan seorang wanita berumur 30 tahun dan remaja lelaki berusia 17 tahun, sudah keluar dari kereta Proton Persona yang dinaiki mereka.

“Lima lagi mangsa yang menaiki kereta Proton Persona berasingan yang tidak dikenal pasti usia mereka turut cedera. Mereka dibantu orang awam untuk keluar dari kenderaan dan dihantar ke hospital sebelum ketibaan pasukan keluaran operasi (PKO),” katanya.

Beliau berkata, Pusat Gerakan Operasi (PGO) Johor menerima panggilan kecemasan melalui talian MERS 999 berhubung nahas itu pada jam 8.09 malam.

“Berikutan itu, sebuah jentera Fire Rescue Tender (FRT) serta Perkhidmatan Penyelamatan dan Perawatan Kecemasan (EMRS) dari BBP Mersing dengan kekuatan lapan anggota telah dikejarkan ke tempat kejadian,” katanya sambil memaklumkan operasi ditamatkan kira-kira jam 9.20 malam.

-Berita Harian

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori