Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Malaysia Dijangka Capai Sasaran...

PUTRAJAYA - Malaysia dijangka mencapai unjuran defisit fiskalnya sebanyak 3.0 peratus pada tahun ini, kata Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Tan...

Menarik.. Baju Viral Isu...

SEHELAI baju yang mencetuskan fenomena dan tanda tanya mengenai warna sebenarnya di media...

Pemain Drum, Hal Blaine...

LOS ANGELES - Pemain dram lagenda pada era 60-an dan 70-an, Hal Blaine...

Mayat Nelayan Hilang Ditemukan...

ALOR SETAR - Mayat seorang nelayan yang dilaporkan hilang ketika keluar memancing di Kuala Sala, dekat sini pada pagi...

100 Juta Penduduk AS Mungkin Dijangkiti COVID-19

WASHINGTON: Sekurang-kurangnya 100 juta penduduk Amerika Syarikat (AS) mungkin dijangkiti COVID-19 pada musim luruh tahun ini, kata seorang pegawai kanan pentadbiran Presiden AS, Joe Biden.

Ikuti Mynewshub: Facebook,TwitterTikTokTelegram, Instagram

Kenyataan pegawai kanan itu dibuat dalam satu taklimat ketika mengumumkan angka kematian akibat pandemik berkenaan mencecah hampir satu juta orang di AS, yang kemudian dilaporkan oleh akhbar Washington Post.

Taklimat itu diadakan sebagai sebahagian daripada usaha meningkatkan kesediaan AS dan memujuk wakil rakyat negara itu untuk memperuntukkan berbilion dolar untuk membeli vaksin baharu dan melaksanakan ujian COVID-19.

Gelombang kematian diramalkan akan berlaku pada musim luruh dan musim sejuk ini, didorong oleh subvarian Omicron baharu yang menunjukkan keupayaan luar biasa kerana mampu menembusi perlindungan imuniti.

Pada Mac lalu, pentadbiran Biden meminta peruntukan sebanyak AS$22.5 bilion (RM98.54 bilion) sebagai pembiayaan bantuan COVID-19 tetapi sudah dilucutkan daripada rang undang-undang AS.


Pentadbiran Biden berhujah bahawa tanpa pembiayaan baharu, AS kelihatan tidak bersedia untuk menghadapi ancaman coronavirus pada masa depan ketika angka kematian akibat pandemik itu menghampiri satu juta orang.

Beberapa pakar bersetuju bahawa gelombang besar pada musim luruh dan musim sejuk ini mungkin berlaku memandangkan imuniti yang semakin berkurangan daripada vaksin COVID-19.

Pada masa sama, sekatan perjalanan yang dilonggarkan dan peningkatan varian yang kalis perlindungan imuniti turut menyumbang kepada peningkatan kes.

BHonline-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori