Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Pihak Berkuasa Tidak Akan...

KUALA LUMPUR : Datuk Seri Anwar Ibrahim percaya pihak berkuasa tidak akan melengah-lengahkan...

Amaran Ribut Petir &...

KUALA LUMPUR - Aktiviti ribut petir di perairan Kedah, Pulau Pinang, Perak, Selangor,...

“Jangan Cabar Kesabaran Orang...

KUALA LUMPUR - Tindakan dua kumpulan pendesak Cina, Gabungan Jawatankuasa Sekolah Cina (Dong...

EPL: Torres Hampir Ke...

LONDON - Penyerang Chelsea, Fernando Torres bakal mengakhiri penderitaannya di Stamford Bridge selepas...

16 Juta Ayam, Itik Dijangkiti Selesema Burung Dihapuskan Di Perancis

PARIS – Kementerian Pertanian Perancis menyatakan bahawa kira-kira 16 juta ayam, itik dan burung ternakan lain dihapuskan sejak November tahun lalu, berpunca daripada wabak selesema burung antara paling teruk pernah melanda negara itu, lapor laman berita Wion News semalam.

Ikuti Mynewshub: Facebook,TwitterTikTokTelegram, Instagram

Perancis dilanda beberapa wabak selesema burung sejak 2015. Kebanyakan wabak itu bagaimanapun berjaya dikawal.

Buat pertama kalinya pada musim sejuk tahun ini, kawanan burung liar dilaporkan bermigrasi dari selatan negara itu dan menyebarkan jangkitan kepada ayam ternakan sehingga mencetuskan gelombang kedua.

Hampir 1,400 ladang ternak mencatatkan kes selesema burung termasuk sekurang-kurangnya 850 ladang di Vendee.

Vendee dianggap kawasan strategik oleh kementerian tersebut kerana menjadi rumah kepada banyak ladang ayam dan burung lain yang diternak secara eksklusif.


Wabak berkenaan memuncak akhir Mac lalu, namun penyebaran penyakit itu semakin perlahan selepas itu, kata kementerian sama.

Aktiviti memusnahkan burung ternakan menyebabkan kerugian besar termasuk kepada petani kerana pengeluaran terhenti dan pasaran eksport ditutup. Beberapa negeri turut membayar pampasan kepada petani atas kerugian yang dialami.

Pengeluaran telur telah menurun sekitar 6 peratus sejak November tahun lalu akibat wabak itu, demikian menurut naib presiden Jawatankuasa Telur (NCPO), Loic Coulombel.

Tahun lepas, hampir 500 ladang ternak melaporkan kes selesema burung dan 3.5 juta haiwan terutamanya itik telah dimusnahkan.

Kosmo-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori