Thursday, November 28, 2024

Creating liberating content

Pelaksanaan VEP Kenderaan Asing...

JOHOR BAHRU - Caj Permit Masuk Kenderaan (VEP) terhadap kenderaan asing yang memasuki...

PTPTN Kena Kecam Netizen

KUALA LUMPUR – Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dikecam selepas pihak pengurusannya...

Bot Karam: Pemandu Dakwa...

TANJONG KARANG - Pemandu bot mendakwa ombak kuat‎ merupakan punca bot yang dibawanya...

Cuepacs Puas Hati Dengan...

JOHOR BAHRU - Presiden CUEPACS Datuk Azih Muda berkata pihaknya berpuas hati dengan...

180 Tabika, Taska Ditutup Akibat Penularan HFMD

KUANTAN: Sebanyak 180 taman bimbingan kanak-kanak (tabika) dan taman asuhan kanak-kanak (taska) seliaan Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) di seluruh negara ditutup akibat penularan wabak penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD), setakat Jumaat lalu.

Ikuti Mynewshub: Facebook,TwitterTikTokTelegram, Instagram

Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, penutupan 10 hari itu dikuatkuasakan selepas mendapat nasihat pejabat kesihatan negeri masing-masing.

“Berdasarkan laporan Kemas, sebanyak 105 premis yang ditutup adalah membabitkan tabika manakala 75 premis lagi adalah taska.

“Setakat Jumaat lalu, Melaka dan Negeri Sembilan merupakan dua negeri tidak terlibat dengan penutupan tabika dan taska Kemas kerana tiada jangkitan HFMD di negeri terbabit.


“Di Pahang terdapat empat premis membabitkan tabika dan taska yang diarahkan tutup selepas berlakunya penularan penyakit HFMD,” katanya selepas menghadiri Majlis Ramah Mesra dan Sambutan Aidilfitri Bersama Warga Kemas negeri Pahang di Universiti Kolej Yayasan Pahang di sini hari ini.

Dalam pada itu, Mahdzir berkata, kanak-kanak tabika dan taska Kemas akan diasingkan sekiranya didapati mempunyai gejala HFMD.

Katanya, tindakan pantas tersebut akan dilakukan bagi mengurangkan risiko jangkitan kepada kanak-kanak lain.

UtusanOnline-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori