Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

EPU, ICU Diarah Sedia...

KOTA KINABALU - Unit Perancang Ekonomi (EPU) dan Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) diarahkan...

Hijab Terbuka, Aeril Zafrel...

TIADA siapa menyangka rupa-rupanya pelakon kacak, Aeril Zafrel mempunyai kelebihan luar biasa mampu...

Malaysia-Jepun Fokus Perbanyak Kerjasama...

PETALING JAYA : Malaysia dan Jepun terus memperkukuh hubungan antara kedua-dua negara selain...

Peruntukan Untuk Pembersihan Pasca...

KLUANG - Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan sedang menilai peruntukan bagi...

1,877 Kes Baru, Dua Kematian Covid-19

Kementerian Kesihatan semalam melaporkan 1,877 kes baru Covid-19, menjadikan jangkitan keseluruhan kepada 4,500,934.

Ikuti Mynewshub: Facebook,TwitterTikTokTelegram, Instagram

Pihak berkuasa kesihatan juga merekodkan dua kematian baru semalam, menjadikan jumlah kematian sebanyak 35,658 orang.

Kes baru mengikut negeri adalah seperti berikut:

Selangor (909)

Kuala Lumpur (221)

Negeri Sembilan (125)

Perak (121)

Pulau Pinang (106)

Sabah (76)

Melaka (62)

Kedah (58)

Putrajaya (58)

Sarawak (46)


Johor (44)

Pahang (23)

Kelantan (11)

Terengganu (10)

Labuan (4)

Perlis (3)

Kes aktif meningkat sebanyak 197 kepada 25,384 berbanding hari sebelumnya tetapi masih turun sebanyak 14.7 peratus dalam tempoh 14 hari lepas.

Kedua-dua kematian yang baru dilaporkan itu direkodkan di Selangor.

Sepanjang minggu lalu, purata 2.9 orang dilaporkan meninggal dunia akibat Covid-19 manakala purata selama 30 hari lalu ialah 4.4 orang, menunjukkan kematian Covid-19 berada dalam aliran menurun.

Terdapat 111 kematian Covid-19 yang dilaporkan pada bulan ini. Sebagai perbandingan, terdapat 564 kematian pada bulan lepas dan 2,235 kematian pada Mac.

Seramai 1,098 pesakit Covid-19 yang dirawat di hospital, dengan 30 daripadanya berada dalam rawatan rapi.

Jumlah kemasukan tertinggi ke hospital semalam dicatatkan di Selangor (126) diikuti Johor (94) dan Sabah (67).

-Malaysia Kini

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori