KUANTAN : Dua sahabat maut selepas motosikal dinaiki mereka ketika keluar beraya bertembung sebuah pacuan empat roda di Kilometer 23 Jalan Pekan/Batu Balik di Pekan, petang semalam.
Ikuti Mynewshub: Facebook,Twitter, TikTok, Telegram, Instagram
Kejadian berlaku kira-kira-kira jam 5.30 petang menyebabkan Muhammad Nur Zulkefli Zakaria dan Muhammad Ibrahim Mhd Kchairudin, masing-masing berusia 18 tahun dan berasal dari Kampung Temai Tengah dan Temai Hilir di Pekan, meninggal dunia di lokasi kejadian.
Ketua Polis Daerah Pekan, Superintendan Mohd Zaidi Mat Zain, mengesahkan kejadian itu berlaku ketika dua remaja terbabit dalam perjalanan keluar beraya.
Beliau berkata, kemalangan dipercayai berlaku apabila motosikal ditunggang Nur Zulkefli dari Pekan ke Batu Balik terbabas semasa mengambil selekoh, lalu masuk ke laluan bertentangan.
“Sebuah Mitsubishi Triton dinaiki dua beranak gagal mengelak lalu bertembung dengan motosikal dinaiki mangsa,” katanya menerusi kenyataan semalam.
Mohd Zaidi berkata jenazah kedua-dua remaja terbabit dibawa ke Hospital Pekan untuk bedah siasat dan siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
-Berita Harian