Saturday, January 18, 2025

Creating liberating content

Remaja Disambar Buaya Bantu...

Kuching : Remaja lelaki dilaporkan hilang selepas disambar buaya di sungai di Samariang,...

Bomba Sedia Bantu Tangani...

KUALA TERENGGANU - Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) sedia bekerjasama dengan agensi...

Menang Tanpa Bertanding, ‘Langkah...

SEREMBAN – Barisan Nasional (BN) Negeri Sembilan memulakan kempen Pilihan Raya Umum Ke-14...

Lebih 30 Peratus Harga...

Kuala Lumpur : Lebih 30 peratus harga tiket penerbangan sudah diturunkan susulan kesediaan...

31 Diselamatkan, 11 Masih Hilang Selepas Feri Indonesia Karam

JAKARTA: Seramai 31 orang berjaya diselamatkan dan 11 lagi penumpang masih hilang selepas sebuah feri kehabisan minyak dan karam dalam cuaca buruk di luar pantai Indonesia, kata seorang pegawai hari ini.

Ikuti Mynewshub: Facebook,Twitter, TikTok, Telegram, Instagram

Bot tunda dan nelayan tempatan membantu membawa ramai penumpang yang terselamat ke darat selepas KM Ladang Pertiwi karam ketika belayar melalui selat Makassar di wilayah Sulawesi Selatan Khamis lalu.

“Sehingga kini seramai 31 orang berjaya diselamatkan dan kami sedang mencari 11 lagi yang lain yang masih hilang.

“Mereka sudah pulang sekarang dan secara amnya dalam keadaan sihat,” kata ketua pasukan mencari dan menyelamat tempatan, Djunaidi.

Menurutnya, pasukan penyelamat menggunakan sebuah helikopter dan memperluaskan kawasan pencarian hingga 20 batu nautika dari tempat bot itu dilaporkan karam dalam usaha mencari mangsa yang hilang.

Katanya lagi, kapal itu tidak mempunyai permit untuk membawa muatan penumpang dan kedua-dua kapten dan pemilik kapal sudah dibawa untuk disoal siasat.


Setakat ini, tiket data rasmi penumpang disimpan iaitu perkara biasa di negara di mana kru kadang kala menjual tiket haram melebihi kapasiti rasmi kapal.

Bagaimanapun, pihak berkuasa memaklumkan, mereka percaya terdapat 42 orang di atasnya ketika bot itu karam.

Kemalangan membabitkan kapal adalah perkara biasa di kepulauan Asia Tenggara yang mempunyai sekitar 17,000 pulau kecil yang mana piawaian keselamatan sering dibolosi.

Pada 18 Mei lalu, sebuah feri yang membawa lebih 800 orang terbenam di perairan cetek di luar wilayah Nusa Tenggara Timur dan kekal tersangkut selama dua hari sebelum dapat dikeluarkan.

Tiada mangsa dilaporkan cedera. Pada 2018 lebih 150 orang mati lemas apabila sebuah feri karam di salah satu tasik terdalam di dunia di pulau Sumatera.

BHonline-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori