Wednesday, January 22, 2025

Creating liberating content

Raja Ilya Sedia Undur...

PELAKON Raja Ilya mengakui dia tidak mahu terburu-buru untuk mengakhiri zaman bujang bersama kekasih...

Nilai RM Kukuh Bukan...

TEGUH.... Ini sudah biasa... Jangan hairan jika dengar ada pihak yang ‘ tidak...

Jepun Pertimbang Cadangan Bina...

KERAJAAN Jepun kini sedang mempertimbangkan cadangan untuk menyediakan perkhidmatan tandas awam di dalam...

Wanita Nyaris Maut Kereta...

SEORANG pemandu wanita nyaris maut selepas kereta dipandunya melanggar tembok parkir tingkat dua...

49 PATI Bolos Sempadan Melalui Ladang Getah Dicekup

BUKIT KAYU HITAM: Sekumpulan 49 pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Myanmar ditahan ketika cuba merentasi sempadan Malaysia-Thailand di kawasan ladang getah, di sini, pagi tadi.

Ikuti Mynewshub: Facebook,TwitterTikTokTelegram, Instagram

Semua PATI termasuk 12 wanita berusia antara 15 hingga 48 tahun itu ditahan kira-kira jam 9.30 pagi di sektor Op Benteng di bawah kawasan tanggungjawab Briged Keenam Infantri Malaysia.

Markas Divisyen Kedua Infantri Malaysia (2 Divisyen) dalam kenyataan memaklumkan, kehadiran kumpulan PATI itu dikesan Tim Serang dan Tangkap (SERKAP) dalam keadaan mencurigakan ketika berjalan kaki merentasi sempadan negara.

“Hasil pemeriksaan mendapati mereka adalah warga Myanmar dan masing-masing tidak memiliki dokumen perjalanan sah.


“Anggota bertugas kemudian menahan semua, sebelum diserahkan kepada Balai Polis Bukit Kayu Hitam untuk tindakan lanjut,” katanya.

Selain tangkapan, katanya pihaknya turut merampas 37 telefon bimbit, wang tunai dalam mata wang Malaysia, Thailand dan Myanmar serta 2 beg pakaian dengan anggaran nilai keseluruhan rampasan RM15,878.

BHonline-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori